Buat apa hujung minggu ni?

Hujung minggu aku tak ke mana-mana pun.. myhubby ke Kuantan ke rumah adiknya sebab ada hal negara yang perlu diselesaikan. Aku tak dapat ikut sebab bekerja. Malas nak ambik cuti lagipun kebetulan ada discussion dengan kumpulan AJK pembimbing.
Hari Jumaat aku lepak kat rumah je. Nak balik rumah mak drive sorang-sorang pun malas la. Lagipun myhubby balik dari Kuantan malam tu. Pak Lang singgah rumah aku Maghrib tu. Dia dari Kelantan tengok Pameran Laksamana Cheng Ho kat sana.. dia dah beli kereta baru. Innova lah.. Dia berkenan Azzura (Exoralah tu) tapi akhirnya dia beli Innova untuk performance. Tapi bila sekali setat enjin dan tekan minyak siaplah satu mangkuk minyak disedutnya.. hehe!! Tapi bab features dalam kereta Innova tak leh lawan siCukai akulah.. hehehe!! Tapi aku suka gak Innova ni sebab tinggi, tapi bukan kereta pilihan aku lah. As usuallah bila abang aku datang aku akan paksa dia tidur rumah walaupun sebenarnya rumah dia 1 jam je perjalanan dari rumah aku.. dan setelah puas dipaksa akhirnya abang aku pun tidur lah jugak kat rumah aku.
The next day, pagi tu aktiviti aku pas buat breakfast membersih dalam siCukai.. Bayangkan sekian lama aku lanyak dia tapi tak bersihkan dia sebab tak ada masa. Kereta aku macam sarang kucing beranak.. Maklumlah keta tu ala bas sekolah sikit fungsinya.. Kesian kat sicukai aku tu ..hehehe!
Tengahari aku masak untuk lunch.. Semalam ada orang hantar daging kancil yang muhubby beli thru phone ngan kawan dia.. Ingatkan separuh rupanya seekor.. Rupanya kancil ni kecik je.. Biasa aku makan daging rusa, kiranya kancil ni first time aku nak cuba rasa.. Semalam masa laki aku call dari Kuantan kata dia beli kancil, aku ingatkan dia nak beli keta kancil.. hehehE!! Aku punya hangin kat dia kata nak letak kat mana keta tu.. Dua cukuplah... Owh rupanya dia beli daging kancil.. bukan keta.. hehehe!! So daging kancil yang myhubby beli aku buat masak lemak cili api yang aku modified sikit. Aku campur daun kecur sikit dalam gulai tu dan aku padankan dengan sambal hijau stail orang padang punya lauk dan sayur sawi putih kecik goreng minyak bijan.. Rasa? Myhubby a.k.a pengkritik makanan yang cerewet dan jujur tu kata 'yummy".. Dia bagi gred A.. Lulus dengan cemerlang!! hehehe!! Seronoknya aku.. Dah mula masuk bakul.. hehehe!! Takpa! blog akukan.. ikut sukalah aku nak tulis apapun.. hehehe
Tengahari tu aktiviti membuta jap beramai-ramai.. pastu lewat petang aku basuh sicukai pulak.. Itu dah sebulan dua dah tak basuh sampai badan sicukai tu rupanya dah macam ular sawa batik.. Kalau nak bawak basuh kedai hujung minggu malas nak menunggu lama. At last terkial-kiallah aku basuh sensorang. Kalau aku bukak kedai basuh keta kan mesti aku kana maki dek customer sebab lembab. hehehe!! Penat jugak basuh MPV ni. No wonderlah caj basuh MPV mahal.. Memenatkan..

Mymasak kancil masak lemak cili api ngan sambal hijau.

Cerita Hindustan

I'm not a big fan of Hindustan Movies. But '3 idiots' is awesome!! Aku tak pernah dengar pun pasal cerita tu hinggalah pada satu hari aku berjumpa dengan TY dan Raihanah masa dinner beru ni. Bila dah big boss duk kata sedap sedikit sebanyak buat aku nak tau jugak macamana ceritanya. It took me a long time to decide whether I should buy the dvd or not. Until one day masa aku tengah tensiyen marking aku telah membeli 5 dvd yang mana salah satunya adalah cerita 3 idiots tu lah. Yang laen cerita "The Proposal" dan cerita budak kecik untuk anak-anak aku. Tapi disebabkan aku tengah sibuk marking dan cerita Hindustan kan panjang. So aku peramkan dulu sampai aku abes marking. Akhirnya lepas aku hantar je markah final, balik rumah terus aku tengok cerita.. Memang best giler la cerita tu!! Itu kira tolak part diorang nyanyi la. The next day aku paksa myhubby yang tak suka Hindustan tengok sekali. Mula-mula dia refuse, tapi bila dia mula tengok.. dia terus tunggu sampai abes.. dan dia pun kata cerita tu best. Thumbs up!! Memang tak menyesal aku beli citer tu..

Kamu bikin aku bengang.

Pas abes marking meeting exam pulak. A very boring one...!! Tambah lagi kalau duduk sebelah orang yang banyak mulut. pok pekpek... pastu cakap sesedap mulut je tak pikir perasaan orang laen.. So, kalau pegi meeting elakkan dari duduk dari orang-orang spesies itu kerana akibatnya nanti telinga kita boleh bernanah dan berdarah bila mendengar spesis-spesis tak sayang molot ni bercakap tambah ngan malu bila silap aribulan kita dianggap bersekongkol dengan spesis tak sayng molot ni hanya kerana kita duduk sebelah dia..
Aku bengang lagi masa meeting. luckily masa meeting exam baru ni aku memang mengelak dari duduk sebelah spesis-spesis tak sayang molot ni.. Ditakdirkan Allah juga semester ini satu paper aku peratusan kegagalan ramai. aku dah expect pun dari awal... actually jumlah yang gagal tu kurang dari ramalan aku.. Itupun aku dah tolong banyak kat carrymark anak murid aku dan memang lenient giler la masa marking.. salah jawab pun aku bagi markah lagi. So untuk paper tu 7 orang gagal dari 32 orang yang mana peratusan lulus hanyalah 78.3%. Inilah kali pertama jugak untuk paper ni performance student paling teruk. Dan paper aku ni antara 4 paper orang lein yang mana peratusan kegagalan banyak dan aku kena buat ulasan sebab apa tak mencapai objektif.. Yang pasti pelajar tak boleh dipersalahkan menyebabkan aku sedikit bengang jugaklah...
Entah macamana tiba-tiba semasa sesi menbuat ulasan bermula, adalah sorang Mamat spesis tak sayang molot ni bersuara.... " Saya mencadangkan supaya orang yang tak hadir msyuarat exam ni.. bla..bla bla.... dan saya jugak mencadangkan mana-mana yang mana tidak mencapai objektif 80% lulus mesti diberikan penilaian yang rendah dalam SKT. Student aya lulus sokmo capai objektif pung SKT rendoh jugok..orang hok student ramai fail tu dapat cemerlang pulok..!!" ( dan dia berkata dengan nada ala angkuhnya membuat aku rasa nak muntah kat situ jugak)
Dan tiba-tiba ada pulak sorang Minah yang menyokong... "Saya setuju tu!!" Bla,.. bla'.. bla!!! Dengan cara yang macam dia bagus sangat dan orang laen bangang sangat tak pandai mengajar menyebabkan telinga aku macam nak bernanah kat situ jugak.. Aku memang bengang gila hanya Allah saja yang tau...
Bila time aku beri ulasan apa yang aku cakap dulu dalam mesyuarat ialah aku tak setuju kalau orang yang mengajar yang mana pelajar ramai yang gagal diberikan markah yang rendah dalam penilaian prestasi sebab semua orang akan berusaha yang terbaik untuk mengajar dan kadang-kadang student gagal adalah diluar kawalan. Kawan aku lagi kesian, siap buat xtra classes lagi nak tolong anak murid aku tapi student dia tetap jugak ramai fail. Dan kelas itu jugaklah adalah kelas sama yang aku ajar. Kalau budak fail ramai dan ngan orang laen pun diorang dapat rendah, takkan nak salahkan orang yang mengajar lagi? Ada banyak faktor lain lagi la yang mesti dipertimbangkan sebelum nak meletakkan kesalahan pada orang yang mengajar semata-mata..
Aku bengang sebab macamlah sebelum ni dia tak pernah ada pelajar yang gagal lebih 20%.. Dan waktu itu aku masih ingat dia menyalahkan student dan jugak katanya soklan tu bodo dan orang yang buat soklan tu bangang .. Cuma biasalah.. manusia mudah lupa... Aku tensyen tau.. mentang-mentanglah dia dah nak pencen sesuka hati mulut dia je cakap macam tu... Nasib dia baek sebab nak pencen.. kalau dia tak pencen lagi dan ditakdirkan dapt budak-budak yang sangat lemah.. baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.. Yang sorang lagi pun satu.. sama je.. mentang-mentang nak tukar kampus laen.. sesedap rasa je cakap... Naseb dia baek jugak sebab semester depan dia dah tak ada.. Kalau dia ada lagi konpem dia jumpa anak murid yang aku ajar sekarang ni.. dan dia tak boleh mendongak langit lagi sebab langit tu betul-betul atas batang hidung dia waktu itu.... Dan dia pasti rasa seperti mana yang aku rasa masa mengajar bebudak ni.. Malangnya... next sem dia dah tak ada...
Dan naseb baek jugak aku tak duduk sebelah dia.. sebab kalau aku duduk sebelah dia aku tak tau apa yang akan aku buat.. I could not imagine . agaknya masa dia bercakap macam tu aku rasa aku akan terus bangun blahh duduk kat laen..
Nak buat macamana.. aku sorang tak cemerlang sebab tak pandai mengajar ..
Kalau cadangan bodoh dia tu diterima pakai aku rasa ramailah orang yang akan menipu masa marking nanti.. student jawab salah pun bagi markah penuh dan kualiti pelajar akan hancur... Capayam!!
Laila dah warning budak semester depan yang aku akan ajar lagi mencabar.. Tengoklah macamana nanti aku handle budak-budak ni..

Kamu bikin aku sengsara hampir sewel

Setelah bertungkus lumus siang dan malam...
Makan tak kenyang mandi tak basah. tidur tak lena..
Orang angau kemaruk bercinta pun tak seteruk aku nih
Orang raye kita duk pulun marking paper...
Myhubby ajak ikut sekali mertua aku pi KL tengok adik ipar aku pun aku tolak..
Selalu pantang ajak ajak jalan.. tengah sakit pun tetiba jadi sihat..
but this time cannot laa!!
tidur 3 jam je dalam tempoh 48 jam...
Dengan penuh bersungguh-sungguh dan dengan pelbagai gaya aksi marking..
Gaya buaya lapar.. gaya cencorot pun ada..
Tengahari tadi dah siap masuk markah dan siap print..
tapi lupa nak save... data semua ilang..
Buat aku nak tergolek pengsan macam orang kena heart attack..
Ishh!Ishh!Bangang aku nih!! TApi aku masih tabah dan sabar..
Aku key in balik markah final.. nasib baik satu kelas je yang kena..
Kalu semua mau gila aku dibuatnya
Pukul 12.30 datang ke opis..
Dan setelah besusah payah upload markah kat unit exam...
Akhirnya!! Ting!Tong!Ting! Ting!! tepat 3.19 ptg hari ini 20/11/2010 aku berjaya hantar semua markah!!
YEEEEEEEEEEEhaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Balik ni aku nak tengok citer 3 idiots plak...
Tapi final ni buat aku sengsara hampir mau sewel..

New lesson

Anak-anak aku belajar tae kwan do kat sekolah diorang.. Asalnya aku tak kasik.. entah napa tiba-tiba abahnya bagi pulak... Diorang memang excited giler.. tapi mak diorang susahati giler...


Bila dah belajar tae kwan do.. keja ibu diorang asyik mengugut je.. Belajr main-main, berenti belajar.. Dengar je anak aku belasah orang, berenti belajar.. Kalau gasak terajang sesama sendiri sampai patah riyok, berenti belajar...


Tak apalah asal diorang happy.



menjadi juga

This entry is the continuation from previous post : Aku dan ubat kurus ..


Me : Abang, cuba tengok TV dalam bilik kita ni, aritu gemuk sekarang dah slim ekk!! hehe!!
Myhubby: Ha ah la!! Dah kurus.. Ajaib sungguh.. !!
Me: Mustajablah ubat kurus tu, Tv pun boleh kurus letak ubat tu dalam rak TV.. Hehe!Sabar tangga kejayaan .. hehehe!! Nanti boleh lah bagi petua kat kawan-kawan yang nak kurus tu beli ubat kurus, makan sekali pastu letak dalam rak Tv. Nak mustajab lagi tutup rak TV tu dengan kaen... hehehe!!


Dan ubat kurus tu masih lagi ada tertonggok kat bawah dalam rak tv tu.. he he!!


*** Ridiculous!!!





Besok raya Aidil Adha. petang ni baru balik rumah mak.. tapi tak seronok lah raya sebab aku still sibuk marking.. tapi dalam sibuk marking tu sempat lagi petang semalam aku tengok dvd citer "The Proposal'...Seriously! Best giler citer tu.. .. I need a break ...



Dan aku masih lagi marking... hehe!! Selamat Hari Raya Aidiladha kawan-kawanku..

Macam bagus!!

This entry is the continuation from my previous entry ..


Pagi ini berlaku incident yang buat aku berfikir dan mengambil iktibar. Satu pengajaran yang sangat penting yang aku dapat dan aku ingat smpai bila-bila iaitu... Dalam menjalani kehidupan kita setiap hari, , kita jangan memandang rendah orang laen walaupun kita sangat bagus dan dalam sesetengah perkara kita tak boleh terlalu telus dan berterusterang .


Actuallykan aku datang opis awal nak marking.. sebelum marking aku pi bilik Fathycute jap.. Dan dalam bilik itu aku telah berjumpa dengan siDia... Si Dia ni bukan Fathycute..Si Dia ini adalah orang yang kebetulan datang menyinggah bilik Fathy.. Aku banyak nak marking ni... tapi aku tak boleh concentrate nak marking sebab aku rasa bengang sangat... Aku nak lepas kan dulu rasa kebengangan yang teramat hingga ke tahap eksponen barulah aku boleh marking dengan aman dan sentosa.. sebab kalau tak kesian anak murid aku jadik mangsa kebengangan aku.. Tak baik.. nanti berdosa aku..

Aku tak mengumpat ya sebab aku tak menyatakan nama.. Hanya aku dan Fathy yang berada di tempat kejadian je yang tau.. So si dia ni ada anak sebaya dengan anak aku ambik UPSR.. Tengah duk sembang-sembang tetiba dia bertanyakan result anak aku.. Aku kata anak aku cemerlang tapi tak beritahu berapa anak aku dapt.. but she still insisted me to tell her.. At last aku dengan tak kisah dan jujurnya beritahu la result anak aku...


To my surprise.. suddenly dia bertanya " Kenapa dia teruk sangat???" diiringi dengan riak muka yang seolah-olah anak aku ni sangat teruk .Dia maen ke? ....bla.. bla.. bla.. Akak haramkan terus psp.. game.. memang tak bagi langsung maen.. kalau tak bla.. bla .. bla... Laen kali jangan bagi anak maen... bla bla bla ..." Then adalah few words dia yang tajam menikam menusuk hingga peranakan yang buat aku sentap dan tensyen kat situ .. Bukannya nak bagi kata semangat ke.. apa ke... cakap ala kutuk tapi berhemah lagi ada.. Kalau korang di tempat aku.. agaknya apa yang korang rasa.. Saket hati kan??


Haloo!! cik Kak!! Aku taulah anak awak pandai dapat 5A, tapi jangan pandang rendah anak orang laen kalau anak orang dapat teruk.. I know you're ibu mithali or whatever lah but don't say like i'm not good.. Maybe I'm not as good as you.. coz i still gave a leeway for my son to play games or whatever he wanna do, but i'm still monitoring him... Dah rezeki anak aku sebanyak tu.. What should i do? I just accept whatever my son got with open heart and open mind and always support my son.. Come on lah cik kak!! ini baru UPSR ok!! Jangan kata anak orang macam bangang kalau dia dapat teruk dan macam orang lain tak pandai bela anak tak seperti awak.. ... You should remember!! Perjalanan masih jauh.. Aku tak pernah paksa anak aku belajar... Aku tak nak anak aku sampai masa malas dan bosan belajar sebab kena paksa.Oo Cik kak!! jangan ingat semua orang sama macam anak awak tu!! Aku tau.. anak awak tu pandai... but there're two things you should know... First..people change.. Second.. Allah kalau nak uji kita sekejap je... Kalau hari ni kita kata kat anak orang.. mungkin akan datang Allah uji kita benda tu jadik kat anak kita..


Tetapi malangnya itu bukan yang sebenarnya aku ucapkan pada si dia .. I still could refrain myself from saying that kinda words to her.. Tapi bengang dalam hati hanya Allah je yang tau.. I just cannot imagine if her daughter could not get 5As... Macamana agaknya ya!! silap ariboleh boleh menghoyan dia nih..


Aku tak pernah putus asa dengan anak aku... Aku tak kisah pun berapa anak orang laen dapat sebab hanya aku dan myhubby yang tahu kemampuan anak aku... Other people will not understand coz they're not in my shoes. Asal dia ada kemahuan dan bersemangat ke sekolah setiap hari dah sangat memadai buat aku.... Sebab ia lebih baik dari budak yang sangat pandai tapi tak nak pergi sekolah..


Dah aku nak sambung marking... Lepas ni.. aku tak nak cakap apa-apa lagi pasal result anak aku dah kat kawan-kawan aku. Aku tak larat nak dengar diaorang mengutuk macam anak diorang bagus sangat...



*** What goes around, come around..

The result

Sesungguhnya penantian amat menyeksakan. Hari ini penantian itu sudah berakhir dan aku lega sangat-sangat..
Hari ni result UPSR keluar.. like what i've said before.. I don't expect miracle from Amin..
Aku tetap datang jugak sekolah walaupun aku dah agak anak aku tidak akan dapat cemerlang seperti orang lain sebab aku nak bagi sokongan moral pada anak aku supaya dia happy. TApi aku tak sure dengan perasaan aku sendiri.. Sebelum ni aku relax je.. tapi hari ni tetiba aku berdebar sampai tak lalu makan.. aku bukan berdebar amin tak dapat A atau apa.. i'm just worried for the worst thing that might happen..
Supposedly result keluar pukul 10.30 tapi pukul 11.00 baru gurubesar sampai..
As usual la bila ambik result ni macam-macam gaya dapat diterjemahkan.. you cannot say kalau tetiba budak tu nangis bila dia dapat result bermakna dia happy sebab cemerlang ,mungkin jugak tak dapat target.. itulah yang situasi yang berlaku... ada sorang budak menangis beria-ia peluk mak dia... aku ingatkan menangis sebab cemerlang... rupanya menangis sebab target jauh tersasar.. trial 5a tapi result sebenar dapat 3A 2b je...
Amin??? Owh!! he's very cool.. aku rasa aku dan amin adalah pasangan ibu dan anak yang paling cool.... Dia cool je masa ambik result .. Pas tengok result dia.. aku terus peluk anak aku mcam dia dapat 5A.. padahal sebutir B dan A pun tak ada.. Marahkan dia? Oh tidak sama sekali!! Aku tetap puji dia bagus... Kenapa? Sebab bagi aku actually Amin has improved a lot sejak aku pindahkan dia ke sekolah tu. Kalau dia kekal di sekolah lamanya mungkin result dia lebih teruk dari tu..
Terima pada rezeki yang Allah beri dan percaya mungkin Allah akan beri lebih lagi akan datang bila kita bersyukur dan usaha lebih lagi menyebabkan aku sentiasa positif yang anak-anak aku pasti berjaya dengan cemerlang pada satu hari nanti..
It's my fault actually sebab ambik ringan sedikit pasal amin dari mula pra sekolah lagi..Orang laen hantar anak sekolah masa umur 4 tahun lagi, aku baru hantar anak aku masuk tadika umur 6 tahun.. anak orang laen umur 6 tahun dah boleh membaca, Amin darjah satu masih lagi terkial-kial nak membaca sedangkan silibus budak darjah satu sama seperti silibus budak tingkatan satu.. Aku tak ajar Amin sebab aku buta pedagogi pendidikan dan miskin psikologi tambahlagi aku ni ibu yang sangat garang.. Disebabkan aku kurang sabar mengajar anak aku.. dia jadik hilang keyakinan diri.. end up aku ambik keputusan tak nak ajar Amin sebab ia hanya memburukkan lagi keadaan anak aku.. Lalu dia dihantar ke tuition.. tapi tak taulah di mana silapnya tiada perubahan yang memberangsangkan berlaku.. di sekolah pulak pelajar terlalu ramai hingga 9 kelas menyebabkan anak aku yang duduk di kelas yang agak belakang tidak dipedulikan langsung oleh cikgu dan akhirnya anak aku semakin merosot. Seriously Amin waktu tu c,d dan e je dia dapt..itupun d dan e yang banyak berderet-deret.. Akhirnya masa darjah 5 aku ambik keputusan tukarkan Amin ke sekolah dia sekarang.. TAk mengapalah sekolah tu sangat jauh dari rumah aku pun.. Sejak itu amin menunjukkan peningkatan bila cikgu ambil peduli hal dia... Waktu itu aku rasa syukur sangat-sangat... Sebab itu aku tak target dia dapat A dalam UPSR ni.. Apa yang dia dapat pada hari ini bagi aku dah cukup bagus sebab ada subject yang dia pernah tak pernah lulus tetiba dia lulus.. Dan aku happy sangat.. Aku percaya.. InsyaAllah dia akan meningkat lagi sebab dia pun dah tunjukkan kematangan dan ada kesedaran diri untuk membaca sekarang.. Who knows, akan datang anak aku dapat masuk universiti dan cemerlang kat universiti.. sebab ada anak murid aku hancur masa UPSR sedangkan bapaknya bukan calang-calang orang di UM.. Tapi masa Diploma dan Degree budak tu dapat Anugerah Pengarah sebab cemerlang..Dan aku pernah lihat jugak budak yang cemerlang masa UPSR,PMR dan SPM tapi tak perform hingga kena buang Universiti.YAng penting bagi aku kematanngan,kesedaran dan kemahuan yang tinggi dan usaha yang berterusan.. Remember!! People can change..
Cuma aku tak seronok bila ada ibu yang berada sekali dengan aku sanggup kata anak dia bodoh sebab anak dia cuma dapat 2A je sedangkan masa percubaan anak dia dapat 5A.. itu yang anaknya melalak bersungguh-sungguh.. tak baik dia cakap anak dia macam tu walaupun aku paham situasi dia yang frust sebab anak dia tak dapat target sebab cakap ibu kan jadi doa.. Aku yang sekular pun tau..
Sepupu Amin, si Mubin anak abang Mi dapat 5A.. Aku memang dah agak.. kalau tak dapat 5A memang malulah sebab abang-abang dan kakak dia semua dapat 5A.. Tapi aku tak kisah pun..
Jadik.. Amin akan masuk fasa baru tak lama lagi... Aku harap abahnya dapat adjust Amin masuk sekolah di tempat ayahnya mengajar.. tak kisahlah kalau dia ditempatkan di kelas akhir pun.. sekurang-kurangnya ayahnya ada dan cikgu akan beri perhatian sikit kat anak aku. Tapi aku tetap tak nak bagi anak aku tinggal di asrama. Biar dia berulang dengan abahnya.. andai kata ayahnya tak ada.. aku masih sanggup hantar anak aku ke sekolah walaupun jauhnya 20 batu dari rumah. Berapa kilometer ek? Yang aku tau kalau bawak keta slow sikit adalah dalam 20-30minit perjalanan kot..
Apapun.. aku tetap positif dan aku tak pernah putus asa.. Tapi bagi aku... yang penting.. Tak mengapa lah kalau akademik kurang pun tapi kaya akhlak..tapi tak guna cerdik pandai tapi miskin budi pekerti ,asyik berjalan mendongak langit ... Sekian.. terima kasih.. nak sambung marking yang tak abes-abes lagi..

Rajuk lagi

Anak dara aku merajuk lagi..

Dia merajuk sebab abahnya tak bagi maen kat luar...

Memanglah abahnya tak bagi.. peraturan kat rumah boleh keluar main pukul 5.00 pm sampai pukul 7.00 je.. Balik rumah lewat dari pukul 7.00pm je, pertanyaan dan rotan dari ibunya sudah siap sedia menunggu di depan pintu rumah.

Tapi dia request nak keluar pukul 4.00 pm.. Dengan abahnya dia berani tanya tapi tidak dengan ibunya...

Bila abahnya tak bagi.. dia punya mood suda swing 360 degree...

Macam orang datang bulan la pulak...

Bila dia merajuk... dia cakap nak lari dari rumah siap cari beg nak bubuh baju sebab nak lari dari rumah lah...

But eventually dia tak pegi mana-manapun... dia pergi lari masuk dalam bilik dan hempas badan atas katil, nangis dan akhirnya tertidur... Nasib baik tak tertidur celah almari.. Huh!! Macam cerita dalam drama minggu ini je..

Nasib baik time tu ibunya tak ada ada kat rumah...

Kalaulah ibunya ada kat rumah masa tu, beranilah dia nak cakap nak lari dari rumah...

Sebab kalau dia cakap macam tu masa ibu dia ada, memang tak sempat abis ayat dia cakap nak lari dari rumah tu, ibunya dah siap-siap tolong carikan beg, tolong masukkan baju dan campak beg tu dengan empunya badannya sekali kat luar dan kunci pintu terus diiringi dengan suara nyaring laser ala naga memanahkan apinya sampai suara Siti Nohaliza pun tak leh lawan... hehehe!!


Tapi, dalam hati aku... seriously aku sangat risau... sebab kecik-kecik dah pandai nak lari.. what if bila dia besar nanti... Budak sekarang sangat advance. Kecik-kecik dah pandai ada awek lah, nak lari dari rumahlah.. chatting la.. sampai si Amin pun dah ada email sendiri.. Aku masa kecik dulu cuma pandai main sungai cari udang, main basikal sampai tak hengat rumah.. mengadap TV macam nak masuk dalam TV kemudian berkejaran dengan bapak aku atas rumah sampai keliling rumah macam orang tawaf kat Mekah sambil berlari... hehhehe !! Nauzubillah... Minta lindunglah anak-anak aku dari mende-mende yang tak elok ni...


Kalau tak nak jadik lilin tapi jadik tukang bakar lilin agak-agaknya aci tak?

;'(

*** i wish i still have the strength and patience..... I'm trying my best as i could be..

akhirnya keluar juga..

Alhamdulillah !! Aku dah selesai marking test dan selesai buat carrymark anak-anak buah aku..
Ari ni aku tampal carrymark subjek Organizational Behavior untuk kelas terakhir..
aku tak tau nak komen apa..
Kali ni budak-budak memang teruk ..
DAri 32 orang.. 12 orang markahnya carrymarknya 20/40 dan ke bawah..
Aku agak, dan aku rasa... aku jangka jugak.. kali ni rekod gagal paling ramai dan aku menjangkakan lebih 10 orang fail paper ni... Kalu test 1 dan test 2 fail .. maknanya diaorang memang tak sedia untuk jawab final.. dari 32 orang masa test 1 hanya 4 orang je lulus, test 2 hanya dua orang je lulus.
Tak tau nak cakap apa lagi...
Aku cuma berharap akan berlaku keajaiban 14 November nanti ..............

janji dan malas

6 hb November 2010
Semalam la tu....
Naim bangun awal pagi.. pukul 6.00 dia dah bangun..
Aku bangun awal lagi..
Memang rutin.. paling awal 4.30 pagi.. paling lewat kalau time malas pukul lima lebih..
Biasa Naim lewat jugak bangun.. TApi kali ni dia awal... Aku tak kejut pun lagi dia dah bangun..
Dia ada janji dengan kak Nor dan abg Ya jiran sebelah rumah nak jogging sama..
Pukul 6.30 sharp dia dah tertonggok tunggu depan rumah..
Sangat semangat!!!
jangan janji dengan dia..
Dia akan tanya, tanya dan tanya dengan penuh berhemah dan kesopanan hingga janji dipenuhi ...
Tahun lepas birthday dia..
Kak Nor janji nak beli hadiah sempena birthday dia...
Pagi-pagi sebelum ke sekolah pada hari lahirnya, dia menegur kak Nor yang kebetulan baru keluar rumah dan bertanya..
"Cikk Nooooor!!! Cik Nor!cik Nor! Cik Nor beli ke dok agi hadiah Naim??"
Sentap aku kat situ jugak.. malunya aku sebab anak jantan aku tak malu tuntut hadiah pagi-pagi buta..
Ikut perangai sapa tu?
Aku ke?
Hehehe!!
Entahlah...


Aku jaga peksa pagi semalam.. pukul 9.00 setat exam.. pukul 9.30 dah ada orang kuar.. Aku heran.... Pukul 10.30pagi.. orang dalam dewan tinggal kurang separuh... Kat 11.30.. dewan exam dah lengang... Aku sangat konpius hingga bertanya pada budak yang sedang jawap soklan tu " Soklan ni senang sangat ke?"

Dan pelbagai jwapan yang aku dapat..

Akhirnya aku buat kesimpulan sendiri..

Samada soklan tu yang senang atau budak tu yang bangang...

Tapi aku bengang bila ada budak yang jawap soklan objektif je. tapi soklan esei dia tinggal terus.. Memang aku cukup bengang dengan budak tu.. tak ada rasa tanggungjawab pada diri sendiri.. tak amanah pada diri sendiri... tak pikir susah payah mak bapak dia... Bangang!! Cap Ayam!!!"
Patut sunatkan sekali lagi supaya lebih matang... Eh!Ada correlation ke antara sunat dengan matang ni..!! Entah !! Ada kot!!

Marking time .. ting!tong!!

It's marking time….. again..


Question:

Describe out-group and in-group


Jawapan budak:

The out-group is the group out of the group mean that the person before this have a group, and the but now out from the group. For example ZZZ have a group already but now he does not a group.



**** Pitam..

Aiyooo!! Lemah aku!! Aku salah ajar ke bebudak nih?

diorang ni datang sini nak belajar ke nak cari laki?

apa sakit?

Eventually I went to see the doctor last night after the two days suffering.


The doctor: Sakit apa?
me: Sakit kat pinggang.. bfore this saya operate bersalin. Sakit pun kat tempat bius. Ada kena mengena tak dengan epidural..
The doctor : bla... bla.. bla...
Me: .... dalam hati .. Ya lah tu... hehe!!


Then doktor tu pegang sana pegang sini.. ketuk-ketuk kat pinggang aku..

The doctor : Kalau saya ketuk sini ada rasa sakit tak?
Me : Tak sakit sangat.. tapi kalau duduk lama rasa sakit.. nak bangun pun sakit.. sembahyang pun saket


The doctor: Saya cucuk nak?
Me: Cucuk?? Hehe!! Saya tak tahu. Terpulanglah doktor .Actually dah dua hari saya sakit.
The doctor : Awak ada angkat barang berat tak?
Me: TAk pastilah doktor .. lagipun setiap hari saya angkat barang..
The doctor : Saya cucuklah... pastu makan sekali dengan ubat laen..

Berserah saja... Ingat cucuk kat lengan . Bila nak sinsing lengan tangan baju si pembantu doktor tu suruh baring. La.. cucuk kat punggung ke?


" Kakak bukak seluar sikit ... pastu meniarap ya....

Aku selak sikit je.. tapi budak tu selak sampai abies.. Haduss!!

Ha!! AMEkkawww!!! ! 1 jarum kat punggung ... Omaaakk! Sakitnya... Aduhh!!!


The doctor : Injection tu untuk tahan sakit. Kemudian saya bagi 2 jenis ubat urat.. 1 ubat angin.

Kos rawatan... semuanya 50 hinggit. 20 hingget untuk ubat urat.. 10 hingget untuk ubat angin.. dan 10 hingget cucuk punggung.. Tengok punggung??? percuma!! Heran akulah !! Orang laien bayar dan sanggup bayar beratus-ratus hingget sebab nak tengok punggung orang.. Tapi aku kena bayar pulak bagi orang tengok punggung aku!! TApi aku tau, setakat punggung aku ni doktor tu tak heran lah tengok.. Dah beratus-ratus rupa punggung dah dia tengok sebelum ni. Dah nama kerja dia doktor kena tengok punggung orang..


Ayoo maa!! Appaa!! Sakitnya!! Sengal punggung aku. Dua kali sakit ada.. sakit pinggang ngan sakit punggung.. Dalam dalam sakit punggung tu sempat lagi usung troli shopping barang dapur kat Nirwana. Sekali borong sampai 300 hingget. Confirm sengih memanjang taukeh Nirwana tu kalau ada 10 orang customer macam aku.


Lepas balik jumpa uncle doctor tu ngan pi shopping, aku baring je atas katil sambil mengeluh sakit.. Dalam duk menyebut adoii!adoii tu tak tau bila masa boleh terpengsan dengan barang dapur yang di beli bergelimpangan kat dapur tak sempat kemas abes.. Pukul 4.00 pagi tadi pulak aku bangun clear kan dapur.


Hari ni.. bahana pil angin.. aku jadik seorang yang sangat berangin..Pinggang dah ok.. tapi punggung plak yang sakit.... tensyen!! Duuugaaan!!

saja suka-suka masa marking

Aku suka ni.. Aku dapat masa merayau dalam alam maya melancong tengok website orang.


Tajuknya : Marilah belajar Bahasa Jepun. - TErjemahan nama Melayu dalam bahasa Jepun


Ubat tensyen sakit kepala dan jiwa kacau baca jawapan budak masa marking. TApi tak sesuai untuk ubat sakit pinggang.. hehe!!