nostalgia kuih koci


7 hb malam semalam adalah hari resepsi majlis kahwin anak saudara aku kat Tuanku Jaafar Golf & Country Resort Senawang. Aku, my hubby dan mak sampai kat apartment kat situ a night earlier. Itupun dah lewat bebenor.. Abang Mie duk serumah dengan aku. Sampai aje, pas makan dan lepak sambil bergosip aku terus terbungkang tidur kat sofa ruang tamu... laki ke mana, hapa ke mana..
Besoknya majlis resepsi start pukul 12.00 pm.. tapi anak-beranak kena makan awal pukul 11.00am... tapi waktu tu aku dengan laki aku duk menganga kat Giant Senawang... hehe.. kat pukul 1.00 aku masuk dewan... just nice pengantin sampai.. Actually, akak Juyah aku suruh aku jadi gadis bunga telur.... Tapi den soganlah sobab den ni dah tuo bangko... bukan anak daro laie dah... Lagipun den tak larat bonarlah... maleh pun ado jugak eih!!! Tapi yang paling utamo sokali, den bimbang kot-kot kalo ado yang berkonan kat den sobab ingat den ni anok daro.... mau meleleh ayermato laki den ni... huahahaha...
TApi memang betul aku tak berapa sihat... aku duk kokkekkokkek batuk.... nanti orang lari susah pulak kakak aku... Aku memang suka each time family aku buat majlis kahwin... sebab utama ialah dapat jumpa ramai oarng yang dah lama tak jumpa...
So, pas makan, planning nak balik awal sebab pertamanya, aku nak pegi majlis kahwin anak sepupu aku kat Batu Kikir, Bahau.. Aku kan anak-beranak ramai kat negeri Sembilan. Pastu nak terus balik sebab nak melawat abang Zahar aku yang kena masuk wad di hospital
kemaman sebab lelah... Kesimpulannya nak cepatlah... tapi at last jadik lambat bila pak lang nak jumpa abang Midonlah yang nak pegi haji 14 hb ni.. kemudian yang nak sembahyanglah, nak beraklah .. at last jadik lambatlah jugak kitaorang push off balik Terengganu.
Masa tengah duk melangut kat pintu masuk menunggu abang Midon dan Pak Ngah sampai, tetiba-tiba aku nampak kelibat satu family yang dah lama aku tak jumpa... Rupanya family mak embam dan anak-anaknya datang... Last aku jumpa diorang tahun 98 sebelum aku kawin. Mak Embam masih sihat. Tapi yang paling touching bila mak Embam buat dan bawak sekotak besar kuih koci sebab dia tau kitaorang adik beradik except Mazidah sangat suka kuih koci yang dia buat. Bila dia hulur kuih koci kat aku... aku punyalah terujanya... maklumlah dah berpuluh tahun tak merasa kuih kocinya yang da bomb... Kat Dungun, mana nak dapat... Uiii!! kuih koci mak Embam dan nasik lemak dia memang popular kat kampung aku kat Melaka... Dia jiran mak paling rapat masa kat Alai,MElaka. Rumah dia ngan rumah arwah nek Enjah selalu jadi tempat port aku main... Awal pagi dalam pulul 6 lebih sebelum tunggu bas pergi sekolah... aku akan terjongol depan pintu dapur rumah dia sebab nak beli nasi lemak... waktu tu memang selalu dia tengah duk bungkus nasi lemak... tak pun kuih koci... Memang masa dia datang majlis tu, dia bawak kuih koci pulut hitam yang sedap yang sangat banyak sampai kami sembilan beradik termasuk mak dapat merasa. Masa kuih koci pertama masuk dalam mulut aku, terus ternampak-nampak nostalgia lama aku pakai baju sekolah gelap-gelap hari terjongol kat pintu dapur rumah dia.. Pas ni tak tau lagi dapat merasa kuih koci air tangan mak embam atau tidak lagi..
on the way balik kami singgah rumah kak Isnaini, sepupu aku yang buat majlis kahwin anaknya kat Batu Kikir, Bahau... Majlis dah tamat tapi at least dapatla jumpa empunya badan yang jadik pengantin... Kak nani bekalkan lauk daging salai masak lemak cili api yang sangat sedap... kat Dungun pun tak ada... Aku selalu nak buat, tapi tak terbuat sebab daging salai tak ada... nak menyalai daging pulak maleh lah den ... Bukan setakat daging kono salai, ngan muko den sokali ha kono salai eihh...
Pas rumah kak nani, kitaorang pegi rumah pak Ngah pulak kat Bukit Kelulut Bahau nak jumpa dia sebab dia nak pergi haji 14 Noovember ni... Dia abang mak aku... Umur dia dah 82 tahun... tapi aku memang kagum ngan dia sebab dia masih tegap lagi macam orang umur 60 lebih... even kulit dia pun tegang lagi... mata tak rabun, telinga masih clear dan kesihatan dia memang tip top.. Adalah dia bagi tips-tips awet muda dia kat aku... Nantilah... kalau korang tengok kulit aku duk maintain tegang lagi masa umur aku 50 tahun sok.. maknanya memang aku amalkanlah petua yang dia bagi tu... hehe!! Dia dapat dari arwah toki aku yang umur 90 lebih pun kulit tegang berminyak lagi.. Dia bagi gak cara buat ubat untuk lelah supaya aku buat.. tapi minggu ni aku tak leh buat lagi sebab aku duk peot sekarang.. pas dah clear aku akan buat untuk diri aku sendiri dulu... Kalau ok... baru aku akan share dengan orang lain.
By the way, selamat pengantin Baru buat BOb dan isteri... mak adik mintak maap sebab tak ada hadiah.. mak adik cuma bawak perut aje... Nantilah mak adik accumulate dengan hadiah anak pertama ya.. Aku ambik gambar tak nampak muka pengantin sebab bunga dia tinggi benor... pastu... pengantin duk sibuk melayan jurukamera bertauliah yang dera diorang duk posing masa makan... kesian anak saudara aku tuh ... makan sedap tapi tak kenyang... Sampai rumah lewat, jadik tak dapat jugaklah melawat abang zahar aku... kesian kat dia...