KUSZA OH KUSZA

Sudah lama mak cik tinggalkan KUSZA, about 16 years ago.... and now KUSZA has changed a lot... KUSZA sekarang dah jadi UDM ( University Darul Iman Malaysia).. Banyak yang sudah berubah.. baru ni, mkcik sembang dengan kawan makcik yang dapat offer mengajar di UDM dan kebetulan plak husband dia pun lecturer kat sana.. Katanya.. kusza tak mcam dulu lagi.. sekarang ni non-muslim pun dah boleh masuk belajar kat sana... peraturan pakaian pun dah tak macam dulu .. apatah lagi dari segi sahsiah pelajar.. and i'm wondering.. how about bebudak pengajian Islam ha? dulu, sebut je nama KUSZa memang gah lah dengan program pengajian Islam tuh.. salute dengan bebudak pengajian islam.. banding dengan makcik budak management yang sekolah sekular ni.. memang seganlah dengan bebudak PI.. agaknya mcamana dengan pengajian Islam sekarang?? kawan makcik kata sekarang dah lebih kurang je perangai dengan bebudak management!! pulok..!!

I still remember 18 years back masa makcik mengaji kat KUSZa.. i'm taking International trade during that time.. mula-mula sampai .. i'm quite cultural shock with the new strange environment.. ya lah!! makcikkan spesis bebudak nakal.. datang pulak dari sekolah kebangsaan..
100 % berbeza... luckily i can adapt with the new environment.. Apa yang pelik? time makcik dulu.. u will not have the chance to wear tudung ala ala sangkut kat bahu.. then u have to wear socks!! Aurat u know!! kalau tak pakai stokin tu, nanti adalah hamba allah yang akan jeling 360 degrees kat kaki kita.. tapi biasalah... adalah set-set rebelious ni... sengaja tak pakai stokin, and pakai kasut high heel yang bunyinya sebatu boleh dengar.. dan yang tak tahan tu pakai tudung singkat walaupun bukan ala-ala sangkut kat bahu.. What is good about KUSZA dulu .. musollanya meriah.. setiap masa sentiasa ada orang.. malam lepas sembahyang pasti ada tazkirah.. cuma yang tak tahan tu.. tazkirahnya isu yang hampir sama all the time..." kita pempuan kena pakai stokin.. jangan melompat longkang.. kita sebagai wanita muslim kena jaga tatatertib sebagai muslimah sejati...n bla bla bla "dan biasalah makcik dan geng-geng yang jenis ala-ala nakal ni akan tersengih-sengih sesama sendiri sebab dah tau utusan dan mesej tu ditujukan kepada siapa.. hehe!!

And then kalau kat library pulak, diasingkan lelaki dan perempuan , tak boleh duduk semeja.. So tak da can lah nak menggatal lebih-lebih kat situ.. Biasanya kalau nak dating, bebudak akan dating celah rak buku.. heheh!! itupun sorang pandang rak buku.. sorang lagi buat-buat belek buku...

Kalau aktiviti sukan pun pempuan kena bersukan dalam kandang.. lelaki tak boleh tengok... its good actually.. bebaslah lah singkap seluar trek sampai ke lutut sebab x de lelaki tengok.. makciklah tu yang suka melompat longkang,menyingkap dan melipat seluar trek masa main.. hehe!!

Time bulan puasa lagi meriah.. time makcik dulu masa bulan puasa dewan besar Kusza dibuka dan dijadikan masjid untuk sembahyang terawih ramai-ramai.. pengarah Kampus jadi imam tau!! tapi tak laratlah nak tunggu.. makcik sampai tertidur sambil berdiri.. dia baca surah panjang-panjang.. cukup lapan rakaat je.. terus je muka-muka nakal ni cha alif but.. hehe!!

Semuanya jadi kenangan... makcik tak tau sejauhmana KUSZA sudah berubah sekarang dan makcik tak berpeluang masuk ke sana....