The Journal of Life .
life is tough.. but I'm tougher
penting tau
Anak jiran aku kawen...
Aku tak kisah ..
Jiran sebelah rumah...
Suaminya menjemput tebby...
Tapi butirannya aku tau dari tebby dan jiran sebelah rumah sebuah lagi..
Dari isterinya langsung aku tak tau
Tak adalah nak beritau bila tarikh nikahnya..
Memang aku tak tau
yang aku tau ialah majlisnya pada 25 april ..
Pada 24hb adalah tarikh nikahnya..
Itupun aku dapat tau masa dekat nak nikah..
Dan maklumat tu pun aku dapat dari tebby baru balik dari solat jumaat.
Waktu aku sedang bermalasan tengok tibi..
Jadi memang aku malas nak pergi larr..
Sebab aku rasa aku tak dijemput pun..
Tebby puas marah kat aku..
Katanya aku mesti pergi sebab jiran tuuu..
Tapi sampai sudah aku tak pergi..
Sebab jemputan tak officially dari tuanrumah terutamanya si isteri.
Jadi aku malas nak terhegeh-hegeh pergi..
Sebab aku rasa majlis tu tertutup untuk saudara mara dan anak beranak dia je..
Nanti apa kata dia pulak.. hidung tak mancung......
Itu jawapan aku pada tebby..
Dan akhirnya tebby pergi majlis nikah sorang-sorang..
Petang lepas majlis nikah aku pergi jenguk muka dan tolong kupas bawang
Pada jiran sebelah rumah, aku cakap aku tak pergi majlis nikah anaknya sebab sakit perot..
RAsanya itulah alasan sunat bohong yang paling sesuai...
Bukan aku kekwat ...
Tapi pada aku... Kalau tak dijemput secara rasmi kira tak dijemput..
Bukannya susah pun.. Setakat cakap tepi pagar " nanti 24hb ni nikoh pukul 3 setengoh ya.. Marilah yerrrr" pun dah memadai.. memang aku akan sampai paling awal kat rumahnya..
Adab berjiran itu penting....
Rupanya lama dah aku tak hapdet...
cerita bila lama tak update
Lama dah tak hapdet blog ni..
Sejak ada fesbuk..
lebih banyak melayan status orang kat fesbuk..
Sampai lupa blog sendiri..
sibuk pun ya juga dengan tugas hakiki...
Banyak cerita tapi tak tau nak mula dari mana..
Naim dah abes exam upsr baru ni..
Last paper matematik yang ulang exam tu aku dapat tunggu kat sekolah..
Tak nak menghampakannya..
Sebelum ni dia sangat berharap..
Katanya ibubapa kawan dia semua datang tunggu..
Jadi dia nak aku datang tunggu juga..
Tapi aku tak dapat pegi sebab sibuk dengan kerja..
Dan aku tak dapat ambil cuti..
Dia sentiasa yakin..
Setiap kali ditanya boleh jawab tak..
Dengan yakinnya dia jawab ya..
Berapa dapat belakang kira...
TApi aku tak kisah berapa yang dia dapat..
Sebelum ni jari tangan dia patahkan...
Baru-baru ni tangan yang sama juga terpeleot..
MAsa aku tengah kerja dia call..
Sambil melalak sampai aku tak faham biji butir bahasanya..
Cama aku yang aku faham dia suruh aku balik cepat sebab tangan dia sakit..
Tapi macam biasalah aku mana boleh balik segera..
Akhirnya abahnya yang hantar paergi klinik..
Doktor kata salah urat je kot..
Nasib baik tak patah riok..
Punca..??
Dia jatuh sebab dikejar angsa kat rumah drebar van sekolahnya...
hehe..
Nasib baik kena tangan kiri.
Kalau tangan kanan memang berat nanang lah..
Aku pesan dengan dia..
Satu paper je lagi,
Jangan nak main secara agresif...
Haishh.. tak lama lepas tu dia jatuh sekali lagi masa main bola...
Kena di tangan yang sama..
Melalak-lalak dia kesakitan..
Tak pasal-pasal kena debik sebutir..
Upah sebab tak nak dengar cakap ibu..
Pastu dia protes..
Tanya tak jawab..
Sambil jarinya sibuk taip mesej kat hp..
Menyebabkan ibunya naik angin satu badan..
Haa bagus..
Disebabkan dia protes..
Ibunya telah merampas hp dengan simkad yang baru dibeli..
Hp tu ibunya sorok..
Masalahnya lepas tu ibu dia tak ingat sorok kat mana hp tu..
Sampai sudah cari tak jumpa..
Malam tu lepas Naim abes exam,
Aku tunaikan janji aku bawak naim dan yati pergi funfair..
YAti request nak naik benda alah besar macam pelampung berangin yang selalu ada kat tv tu..
Aku tak berapa nak bagi..
Bimbang habuk nanti dia semput..
Lagipun mahal.. setakat naik turun macam main gelongsor dan kena bayar 7 ringgit untuk setengah jam tu macam tak berapa nak berbaloi..
tapi dia nak sangat..
Aku bagi juga..
sama juga kesnya dengan naim..
entah apa silap masa landing..
Kakinya telah terpeleot..
Patutlah dia senyap di celah-celah tembok pelampung tu..
Nasib baik salah urat...
Tapi sakit jugalah nak berjalan..
Aku cakap dengan yati..
BEsok malam kita pegi main benda tu pulak nak..
Buat ubat.. mana tau..
kaki boleh baik lepas main benda tu..
Tapi dia tak nak .. serik katanya.. heheheh
Minggu sebelum tu aku sekeluarga pergi Kuantan..
aku dan anak-anak ditinggalkan kat mall..
Hari tu amin demam...
dalam demam tu..
terbang duit ibu dia belikan baju panas..
Sebab sejuk dalam mall tu..
Pastu orang demam tu kata dia nak makan sushi..
Kesian pulak tengok orang demam ni mengidam...
Bawak dia makan sushi..
Ingatkan orang demam ni makan sikit..
haha... sikit hapanya...
at last susunan pinggan dia paling tinggi sekali bila disusun..
Pinggan orang tukang bayar paling rendah..
Campur semua pinggan tinggi dan rendah tu..
Penangan orang demam...
Seratus dua puluh hingget terbang untuk sushi-sushi sahaja...
Menggigil jugak lah tangan ibunya masa hulur note 100 dan 20 tu..
Pastu abahnya pulak kena paww time makan malam..
Makan steamboat 5 beranak seratus empat puloh hingget..
Speechless ayahnya time bayor..
Makan RM260 sehari...
Kerja gila....
Alhamdulillah..
HAri ni .. masa hapdet blog ni
Semua dah sihat...
aku pun sihat juga...
HArapan agar aku, famili dan kawan-kawan sentiasa sihat..
chaooo....
Sambung kerja yang bertimbun lagi ni..

Tebby ada hal..
Nak cari barang..aku dan anak-anak ditinggalkan kat mall..

tak rancang pun
Biasa orang buat persiapan raya sebelum raya..
Tukar langsir...
Beli karpet baru..
mungkin set pinggan mangkuk baru..
semuanya dibeli sebelum raya..
Tapi aku buat persiapan semuanya lepas raya..
Langsir aku beli raya ke lima..
set pinggan mangkuk yang murah aku beli kat kedai minggu lepas..
Sebabnya..
aku tak ada masa..
Aku tak sempat..
aku balik lambat..
Dan aku dah tak larat bila sampai rumah..
Lagipun aku pening tengok orang ramai..
Minggu-minggu terakhir raya aku langsung tak masuk dalam bandar..
Malas nak beli masa orang bersesak-sesak..
Parking pun payah dapat..
Tapi aku tak kisah pun..
Cukup apa yang ada je..
TApi karpet aku beli sebelum raya..
Selama berpuluh tahun aku hidup dan berbelas tahun aku kerja
inilah kali pertama aku beli karpet..
Asalnya aku tak ada perancangan langsung nak beli karpet..
Sebab keadaan kesihatan aku dan yati tak memungkinkan aku beli karpet..
Aku singgah kedai karpet tu pun cuma nak tengok-tengok ..
kot-kot ada tikar datang dari sarawak ke..atau tikar-tikar lain
yang aku nak letakkan kat ruang tv.
Budget aku cuma sekitar lima puluh hingget je..
TApi tu lah pasal..
Si mamat pakistan tokeh kedai tu hensem giler..
mulut manis pulak si Mamat tu..
langsung tercair maa..
dan terbeli karpet harga lima ratus hingget..
terus lari bajet ..
hhahahahaha..
TApi sebenarnya bukan sebab mamat pakistan jual karpet jual karpet yang hensem tu..
Aku tak tergoda pun tengok dia..
cuma puji dalam hati je mamat tu hensem..
Yang sebenarnya aku terberkenan kat karpet yang ada dalam kedai dia..
Cantik-cantik lah pulak designnya..
TAmbahan pula tak menyebabkan alahan pada aku dua beranak yang ada penyakit ni..
mamat pakistan tokey kedai karpet tu cakap..
karpet yang dia recommend ni tak perangkap habuk dan senang dibersihkan
Aku pulak rasa macam match pulak karpet tu dengan kerusi di ruang tv..
dan tiba-tiba teringin pulak nak pakai karpet kat rumah..
Itulah sebabnya aku beli karpet ni..
Itupun aku tak cakap pun kat tebby....
tiba-tiba dia tengok ada karpet terbentang dalam rumah.
Setakat ni cukuplah satu je karpet tu kat rumah aku..
Tak ada perancangan lagi nak beli yang lain..
Tapi tak taulah akan datang..
Kot-kot aku terbeli yang lain ..
Agaknya tu lah sebab tebby tak bagi aku beli karpet dengan mamat pakistan jual karpet yang naik motor secara hutang.. .. hehehehe..

Raya tahun ini
Pejam celik dah nak abis syawal..
Kuih raya kat rumah pun dah nak abis..
Tapi bukan sebab orang datang rumah..
Sebab aku dan anak-anak yang makan..
Cerita raya aku tiada yang menarik..
Kali ni raya di rumah mertua..
Warna tema baju raya kitorang adalah 'budak jahat'
Tebby kata sempat siap projek tukar kaler budak jahat tu..
Walaupun aku rasa macam tak siap je...
dengan banyak kekangan sepanjang projek tu..
Dengan angin yang kencang..
Itu tak termasuk faktor manusia yang kencang juga mengacau tebby..
adakala sampai lewat malam..
Rupanya siap juga..
Sehari sebelum raya siap kerja mengecat semuanya..
dan operasi bersihkan ruang depan rumah yang macam tongkang pecah.
Lewat 12.00 am siap pasang semua anggota dalaman budak tu..
Pukul 1.30 am sebelum hari raya kitorang bertolak balik ke rumah mertua..
Tengah jalan siap berhenti makan mee segera kat petronas sebab kelaparan..
haha.. Macam jauh duk KL pulak ..
Pukul 4.00 pagi sampai rumah mertua..
Kesian kat mertua aku sebab aku tak sempat tolong masak untuk raya...
aku cuma sempat makan je..
Tahun ni aku tak bergambar raya...
Memang tak..
Jadi kalau tengok kaler budak jahat tu, boleh agak la warna baju kitorang..
Sebenarnya projek mengecat tu baru 90 peratus siap..
Tebby nak solek lagi budak tu..
TApi, tercapai jugalah tebby nak beraya dengan budak jahat berwajah baru tu.
Sehari sebelum raya.. tebby sangat bersungguh-sungguh
Sentuhan terakhir dan akhirnya .. siap sebelum raya
Raya kedua aku balik rumah mak di Kijal..
Mak kata orang yang sombong tu ada datang..
Tak sempat berjumpa dengan aku..
TAk apa... aku tak kisah pun..
Aku tak ada apa masalah ..
Dan aku tak ada buat salah kat dia..
Aku pun tak ada simpan dendam kat dia..
aku sentiasa doakan kesejahteraan dia sekeluarga
Terutamanya suaminya yang sedang tak sihat sekarang ni..
cuma aku dah jadi fobia..
Rasanya aku dan tebby tak ada kekuatan diri untuk jumpa dia lagi.
Lepas apa yang dia dah buat pada aku sebelum ini..
aku rasa yang paling baik aku buat ..
ialah mengelak dari berjumpa dengan dia sekeluarga..
Kalau terjumpa..
aku akan buat macam biasa..
Cuma waktu itu mulut aku tidak lagi pandai mengeluarkan kata-kata
walaupun sepatah dua kata..
Lebih baik berdiam diri..
Dari berkata-kata..
Bimbang ada yang menyakitkan hati..
Sememangnya aku begitu..
Aku sorang yang ramah..
Tapi bila orang sakitkan hati..
Aku jadi tak reti nak ramah dengan dia lagi..
dan aku lebih banyak diam diri..
JAdi buat masa ini..
Perkara terbaik yang aku buat adalah diam dan mengelakkan diri..
'Selamat Hari RAya'
jaga dia
Pada petang Ramadhan hari ke 23 yang lepas aku dapat perkhabaran bapa saudara aku meninggal di Melaka..
Waktu tu aku tengah sibuk bekerja...
Dan waktu itu aku terkedu seketika..
TAk terkata apa sebab terkejut..
Baru rancang nak melawat dia bila ada kelapangan masa..
Sebab dah lama tak menjenguknya..
Bapa saudara aku tu abang mak yang sulung..
Meninggal sebab sakit tua..
Rasanya dah 100 tahun umurnya..
Sebab mak aku sekarang pun dah 76 tahun umurnya..
alhamdulillah mak masih sihat..
Aku tak lah rapat dengan pak long...
Sebab dia jauh di Melaka..
Masa aku kerja di Melaka dulu selalu juga aku jenguk dan tidur dirumahnya
sebab tempat aku tinggal dulu di alor Gajah tak jauh dari rumahnya..
Sejak aku dah kahwin dan pindah ke Terengganu ni..
Aku dah jarang ke sana menjenguknya..
Sabtu lepas baru ni mak ada cakap yang pak Long dah sakit terlantar..
Semuanya di atas katil..
Dan mak memabyangkan pak long tak hidup lama lagi..
Mak cakap ' Jangan-jangan raya ni kot pak long kau meninggal... silap aribulan raya kita pegi raya kat Melaka'
Rupanya dia meninggal lebih awal..
aku nak pegi melawat..
Tapi memang tak dapat..
Jadual kerja padat..
anak-anak pulak sekolah..
Tebby pun sibuk dengan program sekolahnya dan kerja-kerja ngecat yang sering diganggu tu..
Akhirnya mak pergi dengan anak-anak lelaki mak...
Ironinya....
RAmadan ke 23 pak Long meninggal..
Ramadan ke 25 semalam genaplah 6 tahun abah pergi tinggalkan kami sekeluarga kalau ikut kalender islam..
Kalau kalender biasa tarikhnya 24 September..
Cepatnya masa berlalu...
Rasa seperti baru lagi dia melihat aku sebelum dia tutup mata...
Rasa masih baru aku memanggilnya sebelum dia tinggalkan aku...
The saddest moment in my life..
Sampai sekarang aku tak lupa..
Dan sampai sekarang aku masih rindu kat arwah abah..
Terbayang-bayang wajahnya dan terngiang-ngiang suaranya...
Semoga roh arwah abah dan paklong di tempatkan di kalangan ahli syurga..
Tuhan..
Jaga dia untukku...
Amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)