penting tau
Anak jiran aku kawen...
Aku tak kisah ..
Jiran sebelah rumah...
Suaminya menjemput tebby...
Tapi butirannya aku tau dari tebby dan jiran sebelah rumah sebuah lagi..
Dari isterinya langsung aku tak tau
Tak adalah nak beritau bila tarikh nikahnya..
Memang aku tak tau
yang aku tau ialah majlisnya pada 25 april ..
Pada 24hb adalah tarikh nikahnya..
Itupun aku dapat tau masa dekat nak nikah..
Dan maklumat tu pun aku dapat dari tebby baru balik dari solat jumaat.
Waktu aku sedang bermalasan tengok tibi..
Jadi memang aku malas nak pergi larr..
Sebab aku rasa aku tak dijemput pun..
Tebby puas marah kat aku..
Katanya aku mesti pergi sebab jiran tuuu..
Tapi sampai sudah aku tak pergi..
Sebab jemputan tak officially dari tuanrumah terutamanya si isteri.
Jadi aku malas nak terhegeh-hegeh pergi..
Sebab aku rasa majlis tu tertutup untuk saudara mara dan anak beranak dia je..
Nanti apa kata dia pulak.. hidung tak mancung......
Itu jawapan aku pada tebby..
Dan akhirnya tebby pergi majlis nikah sorang-sorang..
Petang lepas majlis nikah aku pergi jenguk muka dan tolong kupas bawang
Pada jiran sebelah rumah, aku cakap aku tak pergi majlis nikah anaknya sebab sakit perot..
RAsanya itulah alasan sunat bohong yang paling sesuai...
Bukan aku kekwat ...
Tapi pada aku... Kalau tak dijemput secara rasmi kira tak dijemput..
Bukannya susah pun.. Setakat cakap tepi pagar " nanti 24hb ni nikoh pukul 3 setengoh ya.. Marilah yerrrr" pun dah memadai.. memang aku akan sampai paling awal kat rumahnya..
Adab berjiran itu penting....
Rupanya lama dah aku tak hapdet...
Subscribe to:
Posts (Atom)