cerita bila lama tak update

Lama dah tak hapdet blog ni..
Sejak ada fesbuk..
lebih banyak melayan status orang kat fesbuk..
Sampai lupa blog sendiri..
sibuk pun ya juga dengan tugas hakiki...
Banyak cerita tapi tak tau nak mula dari mana..
Naim dah abes exam upsr baru ni..
Last paper matematik yang ulang exam tu aku dapat tunggu kat sekolah..
Tak nak menghampakannya..
Sebelum ni dia sangat berharap..
Katanya ibubapa kawan dia semua datang tunggu..
Jadi dia nak aku datang tunggu juga..
Tapi aku tak dapat pegi sebab sibuk dengan kerja..
Dan aku tak dapat ambil cuti..
Dia sentiasa yakin..
Setiap kali ditanya boleh jawab tak..
Dengan yakinnya dia jawab ya..  
Berapa dapat belakang kira...
TApi aku tak kisah berapa yang dia dapat..
Sebelum ni jari tangan dia patahkan...
Baru-baru ni tangan yang sama juga terpeleot..
MAsa aku tengah kerja dia call..
Sambil melalak sampai aku tak faham biji butir bahasanya..
Cama aku yang aku faham dia suruh aku balik cepat sebab tangan dia sakit..
Tapi macam biasalah aku mana boleh balik segera..
Akhirnya abahnya yang hantar paergi klinik..
Doktor kata salah urat je kot..
Nasib baik tak patah riok..
Punca..??
Dia jatuh sebab dikejar angsa kat rumah drebar van sekolahnya...
hehe..
Nasib baik kena tangan kiri.
Kalau tangan kanan memang berat nanang lah..
Aku pesan dengan dia.. 
Satu paper je lagi,
Jangan nak main secara agresif...
Haishh.. tak lama lepas tu dia jatuh sekali lagi masa main bola...
Kena di tangan yang sama..
Melalak-lalak dia kesakitan..
Tak pasal-pasal kena debik sebutir..
Upah sebab tak nak dengar cakap ibu..
Pastu dia protes..
Tanya tak jawab..
Sambil jarinya sibuk taip mesej kat hp..
Menyebabkan ibunya naik angin satu badan..
Haa bagus.. 
Disebabkan dia protes..
Ibunya telah merampas hp dengan simkad yang baru dibeli..
Hp tu ibunya sorok..  
Masalahnya lepas tu ibu dia tak ingat sorok kat mana hp tu..
Sampai sudah cari tak jumpa..


Malam tu lepas Naim abes exam,
Aku tunaikan janji aku bawak naim dan yati pergi funfair..
YAti request nak naik benda alah besar macam pelampung berangin yang selalu ada kat tv tu..
Aku tak berapa nak bagi.. 
Bimbang habuk nanti dia semput..
Lagipun mahal..  setakat naik turun macam main gelongsor dan kena bayar 7 ringgit untuk setengah jam tu macam tak berapa nak berbaloi..
tapi dia nak sangat..
Aku bagi juga..
sama juga kesnya dengan naim..
entah apa silap masa landing..
Kakinya telah terpeleot..
Patutlah dia senyap di celah-celah tembok pelampung tu..
Nasib baik salah urat...
Tapi sakit jugalah nak berjalan..
Aku cakap dengan yati..
BEsok malam kita pegi main benda tu pulak nak..
Buat ubat.. mana tau..
kaki boleh baik lepas main benda tu..
Tapi dia tak nak .. serik katanya.. heheheh

Minggu sebelum tu aku sekeluarga pergi Kuantan..
Tebby ada hal..
Nak cari barang..
aku dan anak-anak ditinggalkan kat mall..
Hari tu amin demam...
dalam demam tu..
 terbang duit ibu dia belikan baju panas..
Sebab sejuk dalam mall tu..
Pastu orang demam tu kata dia nak makan sushi..
Kesian pulak tengok orang demam ni mengidam...
Bawak dia makan sushi..
Ingatkan orang demam ni makan sikit..
haha... sikit hapanya...
at last susunan pinggan dia paling tinggi sekali bila disusun..
Pinggan orang tukang bayar paling rendah..
Campur semua pinggan tinggi dan rendah tu..
Penangan orang demam...
Seratus dua puluh hingget terbang untuk sushi-sushi sahaja...
Menggigil jugak lah tangan ibunya masa hulur note 100 dan 20 tu..
Pastu abahnya pulak kena paww time makan malam..
Makan steamboat 5 beranak seratus empat puloh hingget..
Speechless ayahnya time bayor..
Makan RM260 sehari...
Kerja gila....

Alhamdulillah..
HAri ni .. masa hapdet blog ni
Semua dah sihat...

aku pun sihat juga...
HArapan agar aku, famili dan  kawan-kawan sentiasa sihat..


chaooo....

Sambung kerja yang bertimbun lagi ni..