Alorrrhh..
Alorrrhhhh...
Alorrrhhhhhhhh...
Itu adalah keluhan tebby semalam..
Bukan 3 kali tapi berkali-kali..
Sebabnya dia dah tersalah cat cover depan bonet budak jahat tu..
Warna salah..
Dulu aku dah cakap..
WArna tu tak sesuai..
Masa dia tunjuk contoh catsebelum ni
aku dan anak-anak kata tak sesuai..
Kalau dia cat juga dengan warna oren gelap tu..
memang budak jahat tu nampak macam pondan...
'ingatkan dia dah tukar..
rupanya tidak..
Sebab adalah sorang kawan dia yang cerdik
kata betullah warna tu..
Hasilnya semalam..
Memanglah tak kena warna tu..
Naim kata ok..
Sebelum tu dia kata tak ok.
Tapi mungkin dia nak jaga hati bapaknya kot..
Aku cakap dengan tebby..
Boleh kalau nak proceed jugak dengan warna ni..
TApi serius budak jahat tu akan nampak macam pondan..
Dan dia tak akan puas hati kalau da siap nanti...
Nampaknya hari ni terpaksalah dia cari cat warna lain ..
dan mulakan semula..
Memang jadi satu kerja pulak...
Persoalannya..
Sempat ke tak nak pakai raya nanti..
lama tak jumpa..
Rasanyalah kan...
Kuliah semester kali ni..
Kalau kena molek lah..
Macam ada hari aku kena berbuka puasa tengah jalan time puasa kali ni...
Pergi tak da masalah..
Masa balik tu ..
mampukah aku nak drive ..
Nampak gayanya setiap hari selasa aku anak beranak berbuka puasa kat kedai lah jawabnya..
Kecuali kalau tebby masak untuk berbuka..
Tebby masak???
hehehehehehehehehehehehe.. memang tak lah ..
Dia sibuk sekarang nak cat budak jahat tu..
Dia nak cat sendiri si budak jahat..
Aku suruh hantar kedai dia tak nak..
Tak ada kepuasan katanya..
Dia punya target raya nanti nak melaram dengan budak jahat yang dicat baru..
Rumah aku sekarang dah jadi bengkel kereta kat depan..
Macam-macam ada...
Cakap je apa nak..
Semua ada..
Macam poket doremon pulak..
Nak pam tayar kereta pun sekarang tak payah dah pergi pam kat stesyen minyak..
Setakat nak tukar tayar bocor dan baiki sekarang ni pun buat kat rumah .
Cuma tak ada mesin nak buat alignment tayar je.... hehe..
Depan rumah aku tu boleh transform jadi tempat sidai baju, bengkel,
tempat mengecat pun boleh juga..
Kalau budak jahat tu sakit, tebby yang merawatnya sendiri..
Yutiub jadi tok gurunya..
Kecuali sakit yang sangat serius..
Itulah tebby..
Multiskilling..
Nelayan ke laut pun boleh dia boleh jadi juga..
Baru ni program terbang ke Mekah tak jadi..
Visa tak lepas..
Aku redha ..
Ada hikmahnya..
Malam yang sepatutnya aku buat umrah kat Mekah ada kecoh kat masjid tu..
Adik aku yang kerja kat Arab Saudi pun cakap..
Situasi tak berapa sesuai untuk kesihatan aku..
Ramai kat hospital dia kerja mati kena jangkitan virus tu..
Duit tak ambik lagi dari agen..
Mungkin lain kali....
InsyaAllah
Subscribe to:
Posts (Atom)