Dugaan di bulan puasa

Pejam celik pejam celik dah hampir separuh bulan ramadhan..
Lamanya aku tak tulis entri..
Kat fesbuk pun jarang tulis juga..
Cuma masuk baca cerita orang..
Bulan puasa ni aku sempat balik berbuka rumah mak sekali...
Sepanjang bulan puasa ni ahli keluarga aku bergilir-gilir sakit..
Masa malam pertama terawih aku dan Ati tercongok kat wad kecemasan di hospital..
Lewat malam baru balik..
Hari pertama puasa Yati masuk wad sebab lelah..
Ada jangkitan kuman kata doktor..
Lalu berbuka puasa kami anak beranak kat atas kerusi batu sebelah wad..
Bersahur pulak kat kedai depan hospital pukul 4.00 pagi..
aku dah siap masak nasi sebenarnya..
Tapi aku terlalu letih untuk berkejar balik dari hospital ke rumah untuk sediakan lauk..
Sedar-sedar tebby kejut ajak sahur kat kedai..
Akhirnya nasi seperiuk dapt kat burung dan ayam yang tak puasa..
Nasib baik Yati kena tahan satu malam je..
Sebab paru-paru dah ok..
cuma kena jaga antibiotik selama 5 hari..
Ha.. yang tu memang leceh.. 
Bila ubatnya kena makan 4 kali sehari..
Lepas Yati sihat..
Naim pulak demam..
Suhu badan tinggi sampai menggigil-gigil..
Sampai aku tak lena tidur..
Kena sentiasa lap badan dia..
Dan monitor suhu badan..
Kain sekejap je letak kat kepala dah kering..
Risaunya beb..
Allah saja yang tau gelodak dalam hati aku..
Tidur pun tak lena..
Dua hari dia tak pegi sekolah..
Akhirnya tebby bawak jugak ke hospital ..
Tapi pegawai perubatan kat sana kata demam biasa je..
Dan Naim balik berbekalkan panadol dan ubat batuk..
Alhamdulillah Naim sihat akhirnya ...
Selepas Naim sihat.. tebby pulak demam..
Aiyoooo....
Mula-mula dia tak nak pergi klinik...
Berbungkus memanjang kesejukan dan tak larat..
demam tinggi..
Dia gasak makan ubat yang dibeli kat kedai...
Dia togok jugak air tenaga dengan banyaknya..
Katanya dia bertenaga.. tapi macam mamai je..
Tiga hari dia togok air tenaga tu gulanya naik..
akhirnya semalam dia ke klinik juga..
Sebab demam tingginya berlarutan..
Lepas aku tinggalkan dia kat klinik aku ke kedai beli barang anak..
Tengah sibuk tilik seluar anak tebby called..
Katanya doktor suruh refer ke hospital..
Ambik dara.. darah..
 bimbang kalau-kalau tebby kena denggi...
aiyyoo.. 
Masuk kali ni dalam bulan ramadhan yang mulia ni 4 kali dah aku pegi ke wad kecemasan tu..
Nasib baik darah tebby ok dan dia boleh balik..
Dia dibekalkan panadol juga dan slip ubat sebab farmasi dah tutup..
Nasib baik tebby tak kena tahan di wad..
Kalau tak.....
Jammmmmm glengggg.... laaaa..
KAt rumah aku banyak panadol dan ubat batuk..
Kalau ada orang nak aku nak bagi percuma...
Setakat ni yang tak sakit lagi ialah aku dan anak aku yang sulung..
Dan aku berdoa dan berharap agar aku tidak sakit...
Sebab kalau aku sakit tergolek..
Memang tungganglanggang lah rumah tu.. 
Dan aku berharap juga..
Ahli keluarga aku sihat dan baik sentiasa selepas ni..




LAYANNN....


- Nak dengar kena tengok yutiub la...