khadam bercuti

Aku bab cuti umum ni aku memang ingat sangat kat kakakku kak Zam kat pejabat tempat aku keja. Dia cukup rajin memaklumkan pada khadam-khadam kat sini cuti umum. Dan aku bertambah sayang lagi pada kakak bila dia bagitau sempena cuti umum sempena Hari Buruh ni cuti di negeri Terengganu telah dilanjutkan hingga hari Ahad 2 aribulan Mei.. Hidup kakakk!! hehe!! Maka seronoklah khadam yang seorang ni, tapi tak leh ke mana-mana jugak sebab pertamanya laki si khadam ini dah berhajat nak ke laut mencari ikan. Keduanya.. Paper OB si khadam ni masuk hari tu. Jadik kena duk diam-diam kat rumah dan markinglah si khadam ni..
YAng pasti petang Jumaat 30 April ni, aku kena jaga exam sekali ngan abang dan kakak iparku kat Dewan Besar. Pandai AJK jadualwaktu ni letak sekali aku anak-beranak jaga exam..Abang Mie kena jadik ketua.. aku dan kak Aishah jadik khadam je.. Tapi yang aku pasti.. silap aribulan aku si khadam ni naik pangkat kena jadik ketua hari tu nanti... Tunggu jelah nanti.... betul ke idak ramalan aku ni..

Strict lagi ke..

Tadi masa tengah syok baca suratkhabar, aku telah ditegur oleh Ruzaidah. Dan biasalah time-time exam ni, soalan yang ditanya "paper dah masuk ke? camnr? Budak-budak ok tak?
DAn soalan itu jugakalah yang ditanya oleh Ruzaidah pada aku. Tapi aku tak setat pun marking lagi sebab duk pulun nak kuarkan carrymark esok. Ruzaidah kata paper dia 2 aribulan, jadik sekarang budak-budak dia yang jugak budak-budak aku duk berduyun-duyun pi jengah bilik dia. Memang dah perangai budak-budak ni.. dah nak exam baru nak cari cikgu. Pastu dia kata tak paham dari awal sampai akhir.. Latihan tak nak buat pulak.. duk harap le cikgu bagi jawapan.. Aku kalau budak-budak cakap macam tu memang aku halau je dia balik dan suruh dia rebus buku, jemur semalaman pastu minum air tu. Yang pasti aku takkan layan.. aku tak boleh layan budak yang tak da inisiatif langsung.
Tengah duk cerita, tetiba Ruzaidah cakap... " Budak-budak tu ada mengadu... diorang duk risau paper Human Resource 4 hb ni sebab Pn Has marking jugak selain paper Organizational Behavior"..
Wah!! Budak-budak ni sempat mengadu pasal aku kat Ruzaidah ya!! Tapi aku tak terkejut pun, sebab ari tu aku ada gak ugut diaorang.. jawab ciput, markah pun ciput lah.. Tu yang diorang risau gila tu.. Padahal diorang tak tau masa final aku sangat pemurah.. hehe!! Cuma masa test je aku strict marking sebab tak nak diorang ambik kesempatan dan jadik malas. Jadik diorang akan studi betul-betul before final. Tapi, itulah peraturannya kan... jawab ciput takkan nak bagi markah banyak.. Kalau tanya pasal 'job posting' yang mana jawapan sepatutnya kaedah merekrut pekerja untuk jawatan kosong yang diiklan kepada pekerja dalam syarikat tetiba budak bagi jawapan kaedah dimana pekerja di pos ke tempat lain dan cawangan lain seperti di Sabah dan Sarawak, takkan aku nak bagi markah penuh kan.
Cuma tak sangka lah pulak lepas kena marah kaw-kaw dengan aku hari tu sebab test 1 ramai gila yang fail menyebabkan diorang takut nak jumpa aku personally.. Patutlah datang jumpa aku beramai. Yang aku tau sebab si anak murid aku citer yang baru ni Amy nak datang jumpa aku ajak dia teman sebab takut nak jumpa aku sorang-sorang.. Takut nanti masuk opis aku tak kuar-kuar sebab kena telan agaknya kot!!! hahaha!! Macam-macam perangai budak-
By the way, budak yang memplagiat tesis yang aku suruh buat balik hari tu sampai sekarang tak call-call aku.. tah apa cerita lah dia tu.. dia mungkin sedang dalam dilema kot... mana nak layan tesis yang menentukan masa depan dia ataupun nak layan laki dia yang baru dikahwininya.. Aku tak pedulik dia nak hantar atau tidak.. Lambat je dari 4hb ni, automatik aku bagi status tak lengkap.. Adakah aku tergolong dikalangan orang yang kejam?
opps!! I've to go now.. tetiba myhubby call kata anak aku si Amin suruh ibunya hantar cuka, besen dan penapis air ke sekolah sekarang.. Cikgu nak main pondok-pondok kot!!

aku yang telah merasa keliru

Sekarang dah pukul 1.34 pm. Tapi jam dalam bilik opis aku dah tunjuk kol 5.00. Sah!! Dah sewel jam tu.. macam tuan dia yang dah mula sewel time exam nih..
aku nak citer gak apa yang berlaku pada 21 April baru nih.. TArikh keramat tu adalah hari anak-anak buah aku dan kak Yan buat pembentangan tesis diorang. Ada 6 orang sumanya. Sepatutnya diorang patut hantar laporan akhir awal yang lengkap lebih awal tapi 3 orang je yang hantor.. Aku dah panas hati, tapi aku sabor je la..
Pada pagi hari pembentangan tu aku call kak Yan tanya anak buah dia ada hantor tak tesis dorang. Kak YAn kata ada dan diorang letak dalam box kat depan pintu opis. Aku pun berlari-lari nak pegi hambik.. penat-penat naik opis aku tingkat 3, tapi aku tengok box aku kosong.. Darah aku dah mula menyirap...
Masuk je kat dalam kelas tempat pembentangan terus mulut puakaku mula bergempa..
" Mana pegi your final report? Sepatutnya saya dapat 6 tapi saya ada 3 je.. Mana yang laien?"
Sebaik je aku duduk budak-budak tu terkiyal-kiyal nak hantar kat aku.. Kak Yan dah ngomel-ngomel kat sebelah aku.. Dia pun geram gak.. Tiba-tiba ada sorang budak datang kat aku bertanya " Puan nak jugak ke?"
Tetiba aku rasa macam kepala aku jadi kembang. " Kalau tak ada macam mana say nak bagi markah kat awak. Saya second checker kan.. TAkkan saya nak tengok awak punya presentation je? "
" Saya mintak maaf puan, saya nak mintak izin kuar, saya nak print report saya sebab saya hantar kat puan Azian je satu"
Teiba aku rasa kepala aku yang mengembang mula mendidih.. OMG!!! Daripada tadik dia duk melangut dalam kelas takkan dia tak perasan yang kena hantar report kat second checker..BErangan ke apa pempuan nih!!!
" Sempat ke awak nih!! Eh!! Sepatutnya u all tau sebelum presentation kena hantar 1 copy kat second checker awal.. Apasal awak semua ni ha!" Aku sudah hangin satu badan.. spoil mood aku hari itu..
At last aku bagi jugak kebenaran kat dia kuar print. Bila time dia nak present, aku tengok report dia... tetiba aku rasa nak tumbang kat situ.. Tak lengkap langsung.. Aku check kak Yan punya kot-kot yang dia hantar pada kak Yan complete.. tapi hampeh.. sama je.. Sah budak ni syok sendiri je.Sakit hati aku... Mana aku tak sakit... Prerequirement suma tak da.. table of content tak da, abstract tak da, acknowlegment tak da, biblio tak da appendix pun tak da.. Lagi bernanah mata aku dan bengkak otak aku bila tengok literature review dia 3 muka surat je.. Yang paling hangat tu ada hypothesis tapi hypothesis testing tak ada. Buat aku lagi nak sewel membacanya bila research pasal 'employees' job satisfaction' tapi independent variable lebih pada 'customer satisfaction.'
Bila dia start present dan acknowledge aku " Thank you pn Hasmi.. for your guidance.." Aku terus potong dan cakap " dont give any gratitude to me.. I've never guide you, even i've never see you before this.. so how come you said i've guide you".. Dan terpana budak itu seketika.. Jahat kan aku nih!! Suka buat budak sentap gittew! Tapi betul hapa.. Kalau aku tak penah tunjuk ajar, buat apa cakap aku bagi tunjuk ajar kat dia.. itu bodek namanya..
Masa dia present tiba-tiba aku celah lagi buat dia lagi sentap.. Aku tanya dia " What method do you use? How you distribute your questonairre? Where is your questionnaire?" You said you use Pearson corelation to test your hyphotesis, but where is it?"
kak yan pulak tanya " Where's all your diagram?"
At last budak tu jawab dan jwapan budak itu buat aku rasa jatuh nak tergolek-golek time tu jugak.. " I use interview only." Aku tak boleh imagine macamana budak tu boleh interview 172 orang.. Dan dia buat hypotesis testing je thru interview... Oh Tuhan!! At last, aku ngan kak Yan suruh dia buat balik.. Major corrections.. aku cakap dengan dia.." kalau you proceed dengan tesis awak ni, awak akan fail.. D+ pun awak tak layak dapat.." Yang aku pasti air mata budak tu bergenang dek molot aku.. Tapi aku cakap betul apa.. Buat tesis macam orang tak penah belajar, padahal masa diploma dan degree dah belajar subjek Research Methodology, siap sebelum praktikal pergi bengkel research lagi.. Tapi buat tesis macam budak tingkatan lima.. even budak tingkatan lima punya kerja pun lagi bagus.
Kak Yan kata Minah ni jumpa dia sekali je.. itupun tak leh lama sebab mak dia ajak balik.. Hemm!memang abes cerita la..
YAng sorang lagi pulak bercita-cita tinggi. Independent variable sangat sarat. Sampai boleh buat 3 tesis berlainan.. tapi literature review 3 muka surat je.. Pastu questionnaire pun ciput je.. At lst major correction.
Yang last lagi buat hangat hati tapi tak larat nak marah sebab dah sangat penat. Masa dia hantar proposal aku rasa macam familiar je tesis dia dengan yang sebelum ni. TApi tak ada prove sebab aku cari tesis yang sebelum ni tapi tak jumpa. Tiba hari pembentangan kak YAn pun perasan sama sebab sebab kakYan pernah bentang kan kertas kerja ni dalam confrence tahun lepas. TApi kitorang biarkan dulu budak ni present manalah tau dia replicate sikit, selebihnya dia buat sendiri.. Perasaan aku mula syak dia plagiat bila aku tanya 1 soklan je..' You said you've made a pilot test, where is the prove.. if it is not included in your report, then tell me how you make a pilot test.." dan budak tu tak boleh jawab... Naseb baek kak Yan ada soft copy, dan bila aku check aku rasa sentap macam nak skit jantung aku dibuatnya bila aku tengok dari ayat pertama sampai penamat.. sebijik sama.. Aku rasa macam nak paanggg sebijik je kat budak ni.. dahlah amek sebijik-sebijik, langsung tak qoute nama empunya asal tesis dalam biblio. At last, dia kena buat yang tajuk laen dalam masa dua minggu. Macam kejam sebab orang laen ambek masa berbulan nak buat, tapi budak ni kena buat dalam masa 2 minggu. Tapi kira kitaorang ni baek jugak ada persaan tau.. sebab kalau kena ngan Norudin ke, Che Mail Long ke.. silap aribulan kena buang budak ni... Patutlah sepanjang semester ni dia cuma datang 2 kali je jumpa aku siap sempat menikah lagi..
Pas abes pembentangan, aku ngan kak Yan pi makan kat kafe kreatif.. sampai kat sana jumpa plak Khamisah.. apalagi sambil makan mengumpat budak-budak sambil bergalok.. dan pada masa yang sama rasanya budak-budak aku ngan kak Yan yang membentang especially yang kena marah kaw-kaw tu mesti tak lalu nak makan.. hehe.. naseblah!! sapa suruh buat kerja lebih kurang.. markah pun lebih kurang lah.. Tongong ke bebal diorang ni?

ikhlaskah kita?

-Artikel yang dipinjam tanpa kebenaran-


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?



Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. ” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang

lewat memang kena

Semalam aku nak bukak pintu opis bila aku perasan ada satu assignment budak yang dah terlalu lewat. Sepatutnya assignment tu kena hantar 2 minggu yang sudah. Selepas dari pukul 10.00am, setiap sejam lewat aku potong 1 markah.. Budak ini sangat berani hantar lewat tapi sangat tak berani bersemuka dengan aku. Akhirnya, assignment dia masuk tong sampah. Nasiblah dia.. Mujur jugak dia tak nampak adegan aku dengan poyonya membuang assignment dia dalam tong sampah. Tapi kalau dia ada waktu tu lagi bagus.. kasik dia sentap gittew supaya dia sedar sikit jangan main-main waktu belajar.. Kalau dia nak merayu pun tak kuasa aku nak melayan sebab nanti tidak adil pada budak-budak laen yang hantar awal..

Dendam tak sudah

Dua malam lepas aku pergi dinner anjuran budak-budak ISBAC. Itupun jemput last minute, kat kad jemputan kata sila beri jawapan sebelum 12hb April, tapi aku dapat kad jemputan yang kecik sebesar business card tu pada hari tu jugak. Tapi oleh kerana yang menjemput tu ex student aku dan kalau bab makan tu memang sukar untuk ditolak maka terus aku kata " ya.. saya datang"
Malam on the way ke tempat jamuan, aku tengok kereta CRV si Syima tersadai tengah jalan sebab accident. Kereta CRV dia remuk kat depan tapi Syimah cuma lebam kat muka sikit sebab kena airbag yang terbuka.. Kereta waja lagi satu remuk kat bahagian pintu sampai bomba terpaksa datang umpil pintu.. Rasanya parah kot.. Puncanya, si Minah yang memandu keta waja tiba-tiba membelok dan paling tak munasabah sekali, dia boleh tak pasang lampu kereta... Apalah orang ni.. Madal ke nak jimat kos.. TAk pasal-pasal kena langgar. Tempat syima accident tu jugaklah tempat yang sama aku accident dulu langgar bontot van satria yang angkut budak Uitm. Di situlah juga tempatnya budak UiTm eksiden dan mati sertamerta gara-gara motornya dirempuh kereta Perdana dan situ jugaklah sorang ustaz mati bila ketanya rempuh pokok kat tepi pantai.
Aku kenkadang memang geram dan dendam tau dengan orang bawak keta motor kat Dungun.. kenkadang aku rasa diorang ni sangat berpuaka dan menguji kesabaran. Diaorang memang berpuaka sebab diorang ni suka buat jalan tu macam jalan bapak diorang punya.. Ada ke patut jalan lurus tapi bawak slow.. Dan kelajuan paling slow yang pernah aku rekodkan bila keta depan aku bawak 40 km/jam je.. Nak potong tak boleh sebab keta belah depan banyak. Kemudian kalau nak keluar simpang ikut suka hati mak bapak diorang je keluar simpang.. Pastu bila masuk simpang macam orang tak ada tangan tak reti nak bagi signal... atau mungkin signal keta dah patah atau lampu signal rosak. Itu belum lagi kalau masa kita tengah tunggu kat simpang, motor selamba badak je masuk tanpa bagi signal, pastu siap sengeh-sengeh lagi kat kita yang pandang dia dengan rasa geram. Itu tak masuk lagi masa dah nak masuk sangat baru nak bagi signal..Kenkadang aku rasa nak turun keta nak kasik pangggg!pangggg!! je kat diorang.. Tapi kalau aku buat nanti tujuh keturunan dikata orang pempuan psaiko melempang orang tengah jalan.. Itulah yang terjadi pada aku masa accident dua tahun lepas. Aku dah tekan minyak nak potong tiba-tiba minah depan yang bawak van satria tu bagi signal nak belok.. apalagi.. cium jelah bontot dia tu.. Pastu dia kata " Saya bagi signal nak masuk tadi'.. Dalam hati aku kata " Bagi signal kepala hotak kau!! Kau baru nak berhenti masuk simpang baru baru bagi signal". Dia salah pun aku jugak tetap salah sebab langgar bontot orang n dats the rule..
Balik pada Dinner tu, kenapa diorang buat kat Dewan makan ha? Banyak lagi tempat laen yang diorang boleh buat, Kat dewan Gadung ke, Bidara ke, Kalau nak kuar buat kat Ulek Mayang.. tak pun buat kat Mayang sari ke.. Dah buat kat Dewan makan ,maka orang yang sedang mandi sauna cuma bezanya kat dewan makan... Sambil makan peluh menitis satu badan.. Itu tak masuk lagi aturcara yang berterabur.. Nasib bek diaorang bukan anak murid aku dan juga bukan melibatkan markah kumpulan untuk carrymark... kalau tak.. Kaw-kaw aku potong markah diorang.. Kejikah aku? hehe!!!

Terkenang jua


Pada 5 hb April baru ni, Pelajar-pelajar diploma Part 5 menganjurkan majlis makan malam untuk meraikan pelajar-pelajar part 6 yang akan tamat tak lama lagi. Memang majlis makan malam ni adalah event wajib dianjurkan setiap semester. cuma kali ni agak berbeza sebab sejak semester lepas program makan malam ini aku dah jadikan 'group project' dan sebahagian dari penilaian berterusan untuk pelajar yang ambik subjek Organizatinal Behavior. tujuan aku jadikan sebagai projek kumpulan kerana aku tak mau bebankan dengan assignment yang lain untuk subjek yang sama. Pada masa yang sama diaorang boleh apply semua teori yang aku dah ajar dalam siilibus ni macam stress management, leadership, group decision making, motivation dan perception selain dari mereka mempelajari dan mendapat kemahiran insaniah spt macamna nak handle event, diorang jadik lebih yakin dan skil berkomunikasi dengan baik. So tema pada semester ini adalah " Back to school. ".. Venue di Dewan Asprasi UiTM.



Sebelum dinner aku dah warning siap-siap kat diorang tu. " Kalau telinga saya tebal sebab vvip komplen tentang sahsiah rupa diri pelajar, saya nampak student pegang tangan dan pelajar datang lewat.. saya potong separuh markah."


Alhamdulillah, they really met my expectation. Tak ada yang pakai terlalu pelik.. walaupun pelbagai fesyen uniform sekolah.. diorang masih memenuhi syarat. Oleh kerana tema malam tu back to school, petang sebelum dinner aku dah susah payah beli baju pengawas kat pasaraya Ten Ten. Masa aku pakai baju pengawas tu laki aku tanya " tu beli dan pakai semata-mata untuk dinner je lah" .. Tapi aku jawab aku akan pakai juga baju ni kat rumah di laen waktu.. atau aku sedekahkan pada orang yang perlu. Tapi yang jawapan sedekah tu aku tak cakap ngan laki aku. hehe!!



Aku bawak Naim dan Yati sekali sebab aku nak diorang belajar bergaul dengan orang lebih tua. Dan pastinya anak-anak aku duduk sekali dengan anak murid aku yang berebut-rebut nak jadi pengasuh diorang semasa majlis berlangsung.. aku tak kasik diorang duduk di meja VVIP.

Tapi yang paling utama aku bawak Yati sebab hari tu adalah harijadi YAti dan kitaorang pakat buat surprise birthday untuk dia. ACtually malam tu dia berkongsi kenangan manis surprise birthday dengan Nik Zafran, ex student aku yang nak graduate nanti. The Birthday surprise? So lepas budak-budak Part 6 buat persembahan, diorang kena tunggu sekejap atas pentas.. Kemudian lampu dewan dimatikan kecuali lampu atas pentas.. Then MC umumkan surprise birthday untuk nik dan YAti.. minta birthday boy and girl naik atas pentas, 2 kek dibawa ke atas pentas, nyalakan lilin kek, lagu happy birthday dimainkan dan 1 dewan nyanyikan lagu Happy Birthday dan memang diorang surprise.. Yati tak expect ibu dia buat surprise birthday depan 300 orang audiens. She was so surprised.. She was very happy as she couldnt stop smiling all the time.. So touching.. Seriously! If they do the suprise birthday party to me, I'm very sure I'll burst into tears.. Tapi lepas ambik gambar diorang tiup lilin dan potong kek, kek terus bawa pergi sebab nak elakkan adegan selet menyelet terjadi.. budak-budak ni bukan boleh percaya..



Anyway, i really satisfied with the program. Even mendapat pujian daripada VVIP dari segi kelancaran program dan makanan walaupun sebenarnya makanan tu tak kena ngan tekak aku. Budak-budak makan mewah.. Nasik goreng pedas berbisa, chicken chop masin bermadu, bubur pulut hitam melegam, buah dan roti kek dan aiskrim.. Malam itu aku rasa seperti muda 21 tahun. Memakai baju pengawas mengingatkan zaman aku sekolah... budak nakal yang mendapt gelaran semut, unidentified talking alien dan budak pempuan yang suka mengira koridor.. hehe!! Itulah aku.. hehe
MC yang comel


Banner dinner





SEBELUM




Semasa dinner









Murid tua
















Dengan anak-anak dan anak murid



Yati


naim





Happy birthday my baby....

berdikarilah anakku

Leganya aku sekarang sebab dah abes silibus untuk semuanya. subjek yang aku ajar dan subjek mengganti orang laen yang beranak. Pasni bolehlah fokus untuk buat test, marking dan kuar carrymark budak sebelum final minggu depan. Pas mengajar tadik ada budak mintak nota power point aku...choiii!! sorilah beb.. takkan aku baginya.. Penat-penat susah payah aku buat pastu senang-senang je diorang nak.. Hah? Kedekut? Aku rasa aku tak kedekut tau. Kalau aku kedekut, aku langsung tak buat powerpoint macam kawan aku... masuk kelas menonong je mengajar dengan sebatang pen.. kenkadang siap boleh makan nasik lemak lagi sambil mengajar.. Aku ni cuma tak nak diorang makan suap. nak makan, suap sendiri.. tahap aku tolong cedukkan je apa yang patut. aku tak nak nanti diorang langsung tak baca buku teks dan bergantung pada nota aku yang ciput tu. aku nak diaorang belajar secara kritis, tengok point kat powerpoint aku, pastu highlight point yang ada dalam buku.. balik bilik keluarkan point tu dan buat nota sendiri. Mana yang tak ada baru salin. Thats the way it is.. bukan makan suap je.. biar diorang belajar berdikari sebab bila degree nanti diorang sudah bersedia.. But the most impaortant fact is.. Kalau bergantung je nota ciput aku... memang 'c+' la jawabnya. Takke sadis gittew!! Menyampah kat aku ? I'm used to it already....

tiba-tiba terbuka

It has been a long silence since my last post...

banyak kejalah lately ni..

Idea banyak tapi tak sempat, kenkadang bila dah duk mengadap komputer tetiba mentol lampu kat kepala otak aku padam.. hilang nak menulis kat blog sendiri aku gi merayau menziarah blog orang lain.
But i feel like i'm going to be a bad blogger.
Tadi pagi aku jaga test bila tetiba kancing bra aku terbukak.. Actually pagi masa aku hantar anak aku sekolah aku dah perasan satu kancing dah tercabut.. tapi bila pkir its not going to be serious sebab ada kancing lagi satu maka aku abaikan hinggalah tetiba masa aku tengah berjalan jaga test tetiba tali bra aku terbukak dengan sendirinya...hohoho.. Ngeri wei!! so aku ambik jalan selamat dengan terus duduk mendiamkan diri kat depan seolah-olah tak ada apa yang berlaku.. Abes je test aku terus balik bilik dan baiki kancing bra tu.. Nasib baik aku pakai tudung tutup dada.. tak adalah obvious sangat..
Nasib baik masa bra tu terbukak benda tu still melekat tak terjatuh... Kalau benda tu terjatuh tergolek gamaknya depan anak murid... Opps !! apa tu???!! Memang selamba badak dan muka teballah pegi kutip dan pasang balik ... miahaha!!so scary ok!! Nasib baik memang melekat... klau tak tujuh generasi cerita menyebut betik jatuh tergolek dalam kelas.
Masa aku turun tangga nak ke kelas lepas sessi mebaiki bra dalam opis, aku tengok ramainya budak tengah berkumpul kat bilik Mesyuarat sebab ada mesyuarat tatatertib ponteng kuliah. Sabit kesalahan boleh diberikan status zz dan gagal. Tapi aku tengok budak-budak tu muka poyo je macam tak ada masalah langsung.. aku tengok diorang pun jadik sakithati.. Tak taulah kalau-kalau kat luar je poyo tapi dalam hati duk bergelombang. Memang budak-budak ni sungguh bermasalah. Patut rentikan je budak-budak ni sekolah.. dan beri peluang pada orang lain yang nak sangat masuk belajar tapi tak dapat... Tak sedar diri mak bapak susah payah cari duit nak anak belajar.. tapi dia gasak tidur sampai tak pegi kuliah..