Hai!!

Wishing you a happy monday!!


Semalam aku tengok Gangstarz final.. One Nation Emcees yang dapat duit US$100,000 tu. Kumpulan tu bukan favorite aku pun... Aku rasa diaorang menang sebab diorang dari Sabah dan rasanya undi diorang pun mungkin banyak dari pengundi Sabah.. dan mungkin juga masa malam pertandingan tu cermin mata jalur putih yang menyakitkan mata yang dipakai si Mamat bersuara beku vokalis utama kumpulan tu menghantar isyarat kat penonton... " SMSlah kat aku.. kasikla aku menang.." hehe!!

It's my birthday today...

It's my birthday today!!

' HAPPY BIRTHDAY TO ME'
' HAPPY BIRTHDAY TO ME'
' HAPPY BIRTHDAY TO ME'
' HAPPY BIRTHDAY TO ME'

1. aku semakin tua ... ( HuHu! Kenkadang aku tak sanggup hadapi kenyataan ini yang aku semakin tua..Tapi, itulah kenyataannya yang aku semakin tua..)

2. Aku mohon pada Allah seperti selalu yang aku mohon supaya sentiasa sihat, diberikan kekuatan untuk hadapi dugaan hidup dan sentiasa dimurahkan rzeki.

3. Aku ingin melihat dunia dengan lebih positif.. Walau sakit manapun pengalaman, aku akan tetap berfikiran positif.

Peristiwa seiring harijadiku:

1. Penutup sukan olimpik Beijing.

2. International Market Day organized by my ex student.

Hadiah yang aku dapat:

1. Eau De Toilette perfume jenama Lulu Castagnatte dan jam tangan jenama LuLu Castagnatte jugak dari suamiku...

2. Nyanyian happy birthday dari student aku dalam kelas pukul 8.00am tadi.

3. SMS bertali arus dari kawan-kawan dan anak murid...SMS pertama dari Noor sharp pukul 12.00 am. Thanks to all of u. I'LL always pray for your happiness.

4. Noor dan ras belanja makan..

5. Lebih kurang pukul 4 aku dapat birthday cake dari student-student aku..

I'm so happy today!!!

Di suatu subuh yang tenang

Anakku Naim di suatu subuh yang tenang semasa sedang menunggu giliran mandi sebelum ke sekolah..






By the way, i've changed my phone number... saje suke2!!

8.08.2008

8.8.08 yang lepas adalah tarikh hari perkahwinan anak saudara aku, Hisham. Berkahwin dengan
orang Jalan Gudang Garam, Segamat, maka aku dan suami bertolak dari Dungun pukul 6.00 pagi. Anak-anak aku tinggalkan kat rumah mak. Aku tak bawa anak-anak bimbang merosakkan majlis. Mak tak ikut sekali sebab abah tak sihat dan pembantu rumah yang baru belum boleh diberi kepercayaan penuh untuk jaga abah. Abah akukan garang.. hehe.. Baru seminggu kerja dia dah kena tumbuk dengan abah.. Dari rumah mak kami bertolak ke Segamat lebih kurang pukul 7.45 am. Yang confirm pergi ke majlis tu aku dan suami, kak jurai dan Ainul yg menumpang abang Dzul satu keluarga. Kak Juyah bertolak dari Seremban. Mazidah tak pergi sebab bekerja dan tak dapat bercuti. Abang Mi satu keluarga tak dapat pergi jugak sebab pada hari sama diorang anak beranak bertanding main chess di Kuala Terengganu.

Kami sampai ke Hotel Seri Pelangi ,Segamat lebih kurang pukul 12.00. Oleh kerana bilik yang diaorang tak cukup, terpaksalah aku booking bilik sendiri. Nasib baik bilik banyak..


Kereta abang Zahar berasap on d way pergi.. pengantin dah buat muka tension




pemandangan bandar Segamat dari bilik hotel penginapanku



Sebahagian dari ahli keluarga aku..

Kami bertolak ke rumah pengantin perempuan lebih kurang pukul 2.30 pm selepas sembahyang jumaat untuk majlis akad nikah. Majlis akad nikah dibuat di verandah rumah. Aku memilih untuk menyaksikan majlis akad nikah di luar rumah sebab dalam rumah panas tapi sebab utama kerana dekat dengan meja makan..

Sebelum akad nikah.. abang iparku, abang Bakar membuat ucapan dengan menyatakan tujuan datang. Selepas itu beberapa orang wakil pihak perempuan mengira baki duit hantaran. Tiba-tiba salah seorang mengejutkan semua orang dengan menyatakan duit hantaran tak cukup seribu ringgit sambil buat muka ala tak puas hati macam abang aku menipu pulak. Aku memang cuak tengok muka si mamat baju melayu kuning yang duduk mengadap aku yang buat muka cuak itu. Halo!! Takkan lah kitorang boleh salah kira.. dah kira banyak kali beb sebelum memasuk dan menyusun dalam album tu!! Untuk puaskan hati semua orang, kak Izan kira sekali lagi.. Ah!! Memang cukup pun duit tu... saja je si Mamat tu nak kenakan orang.. ataupun memang dia tak pandai kira.. ataupun dia tiba-tiba panik masa megira sebab diperhatikan oleh ramai orang ataupun memang nak perhatian... hehe !!




Sham sebelum akad nikah



Adun Bukit Bauk dengan Mama Vogue.. hehe!


Akad nikah dilakukan sendiri oleh bapa pihak perempuan. Sepatutnya kadi yang nikahkan, tapi oleh kerana bapa pihak perempuan yang beria-ia benar nak nak nikahkan sendiri , maka kadi pun memberikan laluan. Apabila perancangan berubah tiba-tiba maka terjadilah perkara-perkara hingga menyebabkan pengantin lelaki panik dan terpaksa ucap lafaz nikah dua kali sedangkan masa rehearsal laju je sebutannya. First time dia sebut ayat ”saya” semasa nak menikahkan lalu dibetulkan oleh orang kelilingnya. Tapi yang paling aku tak tahan.. empat kali dia menyebut nama anak saudaraku ” Norhisham binti..” dan setiap kali itulah ada yang betulkan.. ”binnn”. Mungkin orang tua tu panik kot macam si Mamat yang salah kira duit tu..

Selesai akad nikah, akulah orang yang paling gembira sebab lepas tu sure boleh makan.. aku dah sangat lapar ke tahap kebuluran. Rupanya ramalan aku salah belaka. Lepas ucap lafaz taklik, rupanya ada lagi teks lain.. teks dari suami untuk isteri, teks dari isteri kepada suami.. Teks ibu kepada pengantin, teks bapa kepada pengantin.. Panjang benar rupanya tak seperti akad nikah kat Terengganu yang ada hanyalah lafaz nikah dan baca lafaz taklik. Bila jadi macam tu, aziz pun kata.. ” Tengoklah.. tak lama adalah teks dari sepupu kepada pengantin pulak!”

Sebaik sahaja selesai akad nikah dan pihak tuan rumah menjemput kami menjamu selera, akulah orang pertama yang sampai ke meja makan memegang pinggan sambil sengih.. Kena kutuk dengan abg aku pun aku buat dunno je.. lapar beb!! Makan mee hoon goreng je pukul 7.15 pagi sebelum bertolak.. Aku dengan big boss aku tak tunggu lama... antara yang awal habis makan dan yang paling awal hilang ke pekan Segamat untuk window shopping.. bandar segamat mati awal.. pukul 8.00 malam je banyak kedai dah tutup.. lemasnya aku.. nak cari tempat makan pun susah... nak cari mainan anak pun susah.. Yang besar hanya Giant je.. Lepas ini aku takkan merungut lagi pasal bandar Dungun... Dungun is much more better than Segamat..

Second day iaitu pada hari sabtu adalah majlis sanding di rumah pihak perempuan. Kami check out pukul 12.00. aku dengan bigboss aku keluar paling lambat.. dah kena kutuk lagi dengan semua orang.. jawapan aku senang je kat diorang... ” projek!” hehe!!.. Padahal sebab asyik tengok movie kat tv saluran cinemax.. alang-alang dah tengok dari awal biarlah sampai abis..

Majlis bersanding sepatutnya pukul 2.00pm tapi kitaorang melepak lagi kat rumah nenek saudara pengantin perempuan. Kisahnya mak andam yang lembap sebab lambat sampai dan lambat siapkan anak saudara aku tu. Mak andam tu juga bongok sebab tak melihat ukuran badan anak saudara aku dengan teliti sebelum majlis kahwin. Dia tak sedar anak saudaraku abnormal sikit sizenya. Kesian si Mamat tu sampai berpeluh-peluh mencuba pakaian-pakaian yang confirm tak muat dengan badannya. Nasib baik kak izan dah standby baju melayu untuk anaknya... Kalau tak kira hari ini dalam sejarah raja seharilah bersanding pakai T-shirt. Aku tak pahamlah orang melayu meniaga ni..

Apapun, semuanya sudah selesai dengan lancar.. anak saudaraku yang sulung sudahpun selamat bergelar suami.. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.... Amin!!


Masa akad nikah... " norhisham binti..."


Dah selamat


Baca taklik










OOPPS!!

Hari ini lecture aku is on learning and part of it is ABC modification theory which also covered on Contigencies of Reinforcement. One of the methods is positive reinforcement which is in the form of reward such as incentives, recognition, praise.. Untuk menunjukkan salah satu contoh reward itu aku telah menepuk salah seorang student perempuan aku dengan tepukan mesra yang agak kuat sambil memberi kata-kata pujian.
Tiba-tiba, apabila kelas tamat budak tu tunggu aku...
Budak itu: Puan, saya nak tanya.. puan ada marah kat saya ke? atau saya ada buat salah pada puan?
Aku: Terkesima seketika.... " Ya allah!Tak adapun... saya tepuk awak tadi tu hanya sekadar bergurau dan nak kasi contoh? Saya langsung tak ada rasa nak marah atau kecik hati kat awak"
Budak itu: Matanya tiba-tiba merah macam nak menangis..." Selepas puan tepuk saya tadi... terus saya tak boleh concentrate.. "
Aku : Di dalam hati.... ( Oh My God!! aku bersalah ke?)..... " Don't worry... saya memang tak marah awak pun... lepas ni saya tak tepuk awak lagilah... hehe!! ( Whatelse can i say?)
Budak itu: Tak palah puan... terimakasih...
Dia mencium tangan aku seperti kebiasaan yang dia buat dan tinggalkan aku seorang diri mengemas buku dengan perasaan bersalah..
Moral of the story today!! Jangan main belasah je tepuk orang!!