Dah lama tak masuk blog. Akhir-akhir ni makcik sangat sibuk dengan kerja yang melambak dari pagi sampai ke petang dan tiada kesudahan hinggalah makcik pencen.. hari ini baru ada ruang dan peluang untuk menulis di blog ni.
Pada dua minggu yang lepas, Ku Yah and the gang ajak makcik main futsal. Beria-ia mereka mengajak di bilik hingga tak sampai hati nak menolak. FUTSAL? Tak pernah terlintas di fikiran yang aku akan bermain futsal.. Selalu tengok aje orang bermain terkejar-kejar berebut bola yang tergolek-golek dalam gelanggang tu.
Dalam keseronokan nak bermain futsal itu, di dalam hati masih ragu-ragu... Boleh ke main ni? Larat ke nak bawak badan berlari ke sana sini ke seluruh gelanggang mengajar bola dan yang paling penting sekali ... sepak bola ke sepak angin? Kalau volleyball tu, pandailah makcik main.
Malam tu dengan penuh gaya, semangat dan keraguan yang meluap makcik datang ke gelanggang futsal. Sampai aje di gelanggang , Ku yah and the gang pun sampai. Tak lama kemudian nampak kelibat Normawati, Zuraini dan nadwan datang. Nasib baik ada staff yang sudi buat briefing tentang undang-undang kepada bebudak yang buta futsal ni sebelum mula main.
Tibalah masanya bermain futsal... then i realize something... masa tengah main semua orang dah lupa undang-undang main futsal... main bantai je main. Strategi main apatah lagi.. main macam langau kejar makanan.. mana bola tu bergolek, semua orang kejar bola tu di seluruh gelanggang..Makcik pulak biasalah masalah short memory ni boleh lupa team mate sendiri. Bila dah lupa tu... faham-faham je lah!!.. Nasib baik ingat di mana pintu gol sendiri dan goalkeepernya siapa.. Kalau tak!! Satu semester kena kutuk dengan KU Yah and the gang sebab sumbat gol sendiri. Teknik menyepak bola? Semua teknik ada... Sepak angin, sapu lantai dan macam -macam teknik ada.. Just name it!! Kesian pulak kat Norma hampir terseliuh kaki kerana terlampau bersemangat main.. Ku yah lagi semangat main sampai koyak seluar kat lutut dengan teknik merebahkan diri ke lantai.. hehe!! KUyah!! jangan marah tau!!
Game tamat pukul 9.00 malam. Keputusannya team makcik menang 6-4. Guess what!! Surprisingly!!.. makcik cipta hatrik sumbat 4 gol di pintu gol lawan!! Sangat memenatkan main futsal ni.. but i really enjoyed myself.. tapi yang pasti keesokan harinya, kakiku sangat lenguh.. Nak angkat kaki turun keluar dari si bagak pun seakan bercinta dibuatnya.. Padan muka!! Main belasah je berlari kejar bola tanpa memanaskan badan terlebih dulu..
Ku Yah! Futsal again? hehe!! Apapun to Ku yah and the gang.. selamat bercuti dan semoga ceria selalu.. nanti balik cuti tempahlah gelanggang futsal lagi ya!!